Sunday, October 25, 2015

TCA8 - Orthopedik - 5 Oktober 2015

Sepatutnya tarikh TCA 8 ini ialah pada 26 Ogos, kerana aku kena denggi masa tu aku minta ditunda ke 5 Oktober. Hanya tarikh itu yang ada memandangkan pada bulan September, jadual penuh dan awal September aku berada di Jordan.
Seperti ditetapkan pada jam 9 pagi, aku dihantar suami ke hospital. Memandangkan kali ini aku tidak perlu X-ray, aku rasa lebih relaks. Aku tunggu tidak lama, kira-kira dalam pukul 10.30 pagi, nomborku naik dan aku segera menuju ke bilik yang ditetapkan. Kali ini aku rasa, seorang doktor pakar yang merawat ku, tapi aku tidak nampak dia sebelum ini. Mungkin baru sahaja menjadi pakar melihatkan gaya yang nampak muda lagi.
Bagiku dia peramah juga orangnya, kebetulan pula komputer ada masalah. Dia terpaksa mendapatkan semua maklumat dariku. Aku pun sudah rasa malas nak cerita berkenaan keadaan kakiku dahulu. Dia dapat juga memberi jalan untuk menyelesaikan masalahku walaupun nampak macam muda. Setelah beberapa minit berlalu baru dia beritahu yang Mr Azam yang minta dia dapatkan perkembangan keadaan kakiku. Diberitahunya yang Mr Azam sekarang bertugas di Hospital Ipoh dengan kepakaran sebagai seorang doktor pakar orthopedik bahagian Foot and ankle.
Aku pun kurang pasti samada selama ini MO dulu buat cerita kononya beliau ke Jerman selama 3 tahun. Bagaimanapun aku tidak kisah dan tidak bergantung kepada makhluk Allah untuk menolong memulihkan kakiku sekiranya ia bertambah teruk. Lagipun sekarang aku sudah tidak punya pekerjaan, hanya surirumah. Saranan untuk aku menjalani sesi Occupational Therapy adalah amat aku alu-alukan untuk menghilangkan tompokan keras yang menyakitkan pada kedua-dua tapak kakiku bila aku berjalan tidak memakai kasut.
Walaubagaimanapun untuk TCA 9 nanti, aku dikehendaki buat X-ray sebelum berjumpa doktor iaitu pada 4 Januari 2016, hanya sela masa 3 bulan, tidak seperti sebelum ini 6 bulan dan 8 bulan. Aku pun tidak pasti kenapa.

No comments:

Post a Comment