Aku memanjat kesyukuran kepada Allah kerana perkara-perkara yang diwajibkan di dalam manasik Haji ku telah selesai. Kami ada lebihkurang 15 hari lagi sebelum berangkat ke Madinah. Kebanyakan jemaah Haji yang datang penerbangan awal ada yang sudah pulang ke Tanah Air. Dalam masa ini adikku bercadang untuk dapatkan tempat di dalam kapalterbang sekiranya ada untuk pulang awal. Bukan apa urusan kerja sedang menunggu, bekalan kewangan kami pun tidaklah banyak untuk merewang-rewang macam orang lain.
Pihak Tabung Haji kata mereka akan cuba dapatkan sekiranya ada.
Dalam hati kecilku memang aku ingin tinggal selama yang boleh di sini, di tanah yang penuh barakah. Jika itu harapan adikku aku menurut sahaja. Umrah pertama selepas haji kami ialah dengan mengikut si Nurun dibawa oleh saudaranya iaitu anak saudara kepada Ustaz Ismail Kamus untuk berniat umrah di mikat.. Beliau sedang menuntut di Universiti AlQura iaitu tidak jauh dari Baitullahil Haram. Ini adalah satu-satu universiti yang aku diberitahu yang ada di Tanah Suci Mekah.Semua pelajar-pelajar di Universiti ini dibiayai oleh Kerajaan Arab Saudi termasuk beliau sendiri. Menurutnya pelajar Malaysia yang belajar di Universiti itu ada beberapa orang sahaja. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan belajar di kawasan yang berasingan. Semasa berada di dalam bilik kuliah pelajar perempuan digalakkan membuka tudung, kerana kakitangan termasuk pensyarah semuanya adalah perempuan. Proses pembelajaran mereka menjadi lebih selesa dan adakalanya berpakaian terlebih seksi, ini menurut isteri kepada saudara si Nurun yang juga merupakan pelajar di Universiti itu.
Kami berniat ihram di Tanain, iaitu tempat tedekat berbanding dengan tempat-tempat yang lain.Kami hanya berhenti sekejap dan berniat ihram lansung tidak keluar dari kereta. Orang dah bawa kami ikut saja yang penting dapat berniat ihram. Umrah pertama pun selesai. Selang beberapa hari adikku menalipon saudara sebelah isterinya yang memang sudah lama tinggal di Mekah. Ibu mertuanya telah beritahu saudaranya itu yang kami ada di sana. Dengan panggilan Mak Ucu, kami pun di undang ke rumah mereka di Misfalah, tidak jauh dari kota Mekah. Di bandar ini didapati ramai jemaah dari Indonesia dan Afrika tinggal berdasarkan pada pandangan aku dan maklumat yang diberitahu oleh salah seorang jemaah haji Indonesia semasa aku bertaaruf dengannya sewaktu di Masjidil Haram. Anak Mak Ucu datang mengambil kami di Hotel dan kami dijamu dengan masakan Tomyam istemewa, um sedap sekali tambahn pula MakUcu ini warganegara Thailand pandailah masak makan Siam
No comments:
Post a Comment