Sebenarnya saya sedang merendang kronologi penceritaan aktiviti luar semasa belajar diUSM.Maklumlah dalam Tahun satu saya rasa saya banyak kali ikut aktiviti luar tapi tidak dapat dipastikan masa sebenarnya.Jadi rendanglah dulu sebelum dia hangus.
Kami ke Johor menaiki bas USM. Sebelum itu kami singgah dan bermalam di JB. Sesampai di Pengerang kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung di sana. Kami diberi taklimay oleh Ketua Kampung di situ dan upacara penyerahan kepada keluarga angkat pun dibuat. Saya amat bertuah kerana mendapat ibu angkat yang juga seorang janda dan juga boleh tahan rupanya(macam Seniwati Sarimah).Ibu angkat saya ni sebenarnya salin tikar iaitu dia kahwin dengan abang ipar yang kematian isteri iaitu kakaknya. Mungkin arwah suaminya sudah tahu peribadi ibu angkat saya. Jadi sesuailah untuk jaga anak-anaknya. Kebetulan masa tu anak-anak tirinya sudah keluar dari kampun itu samaada kerja atau belajar di sekolah berasrama saya tidak ingat. Tinggalah ibu dengan tiga lagi anaknya sendiri yang bersekolah rendah di kampung itu. Saya menolong dia menyapu sampah di halaman rumah, rumah kampung banyaklah daun-daun kering yang perlu dibersihkan. Saya bersama rakan lain membuat kelas bimbingan di sekolah. dah lupa nama sekolah tu pula. Masa berdiri di tepi pantai kampung tu kita boleh nampak Kota Singapura.Tapi kecil sahaja.Oleh kerana ibu angkat sangat baik orangnya- saya berasa sedih semasa kami bergerak pergi dari kampung itu walaupun pemergian hanya seminggu cuma.