Monday, November 30, 2015

Destinasi seterusnya, Kota Lama Kerak.

Kami makan sarapan pagi yang agak berat pagi itu, destinasi yang paling jauh berbanding dengan hari-hari sebelum ini. Bukan sahaja perjalanan yang jauh, malah jalan yang dilalui juga amat berliku dan sangat menggayatkan. Ini kerana kebanyakan jalannya dilereng bukit dan harus merentasi bukit padang pasir yang tinggi.

 Hanya diletakkan batu-batu besar di tebing jalan untuk mengelakkan kenderaan terbabas ke cerun.

Kerak merupakan sebuah pekan, sebaik melalui jalan yang penuh cabaran. Rupa-rupanya di pekan ini terdapat satu lagi tinggalan Kota lama yang dijaga dengan baik oleh penduduk di situ. Malangnya aku tidak begitu mendalami sejarah, jadi aku hanya mendengar penerangan dari Pak Arab yang fasih berbahasa Inggeris ini. Kagum dengan sifat jati dirinya. Antara foto yang dapat dirakamkan .

Di ruang ini ditempatkan kuda-kuda yang digunakan sewaktu peperangan.

Pelan kedudukan Kota Lama Kerak yang diletakkan di pintu masuk kota tersebut.

Inilah satu-satunya tinggal meriam yang masih terjaga di kawasan Kota Lama ini.

Pemandangan sekitar yang diambil dari Kota Lama ini.

Satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup di kawasan Kota Lama. Sekali pandang macam sarang labah-labah sahaja.

Pemandangan sekitar Pekan Kerak.

Sebahagian dari Kota Lama Kerak diambil dari satu sudut. Pak Arab yang merupakan pemandu pelancung kami. Nampak seperti tidak tinggi, tetapi boleh tahan juga kalau berjalan di dalam kota yang sangat luas ini. Begitu juga Pak Arab di dalam foto ini nampak bertubuh kecil tetapi ilmu pengetahuannya amat mendalam.










TCA5 - Varikos Vein

Pertemuanku kali ini agak lewat juga, namun kali ini sementara aku menanti nomborku dipanggil berjumpa dengan seorang wanita yang agak sebayaku. Kami masing-masing bercerita mengenai penyakit yang kami alami.Kebetulan dia juga tinggal tidak jauh dari tempat tinggalku dan kami mempunyai saiz keluarga yang sama.
Dia sudah lama menjadi surirumah, jadi dia sudah biasa duduk di rumah sahaja berbanding denganku yang masih dalam proses penyesuaian. Waktu masih awal dan melihatkan pergerakan nombor lagi 25 orang kami pun terus ke kantin untuk bersarapan pagi. Aku makan meehoon sup, dia makan mee goreng, akupun rindu juga makanan di hospital ini,lagipun harganya agak berpatutan.
Nampaknya si Ida ni sensitif dengan isu-isu sejarah dan politik negara sekitar seperti Filipina. Maaflah aku tidak pula begitu minat dan ingat terutamanya seperti jatuhnya era pemerintahan Presiden Marcos. Kami terus bercerita sambil berjalan balik ke klinik Pakar di tingkat 4.
 Lebih kurang jam 10.30pagi, nomborku dipanggil. Seorang doktor India menungguku. Sambil melihat keadaan urat(vv) di betisku, dia pun membuat keputusan untuk tidak dibuat pembedahan. Baginya urat(vv)ku sudah nampak tidak begitu besar berbanding sebelum ini. Namun aku masih perlu dipantau dan perlu berjumpa doktor pada bulan May 2016. Sekiranya urat(vv) masih sama keadaannya, mungkin akan di rawar secara Laser sahaja. Rawatan Laser ini hanya boleh dilakukan di HKL.
Lega rasanya di hati ini, mungkin doktor itu pun dapat melihat keceriaan di wajahku. Maklumlah walaupun kecil pembedahan yang akan dibuat, namun setiap pembedahan pasti ada risiko/komplikasinya. Tambahan pula, sumber maklumat dari rakan U ku yang sudah menjalani pembedahan ini bahawa kondisi vv ini akan  terjadi pula pada urat yang berhampiran. Itu yang meresahkan di fikiranku. Jika ada alternatif lain yang dapat dilakukan, aku rasa amat bersyukur. HKL dari rumahku tidak begitu jauh dan pengangkutan RapilKL ada terus sampai ke pagar HKL, TCA 6 - 19/5/16. Alhamdulillah!

Tuesday, November 17, 2015

Destinasi seterusnya, Irbid

Seterusnya kami ke bandar Irbid, iaitu dimana terletaknya juga Universiti JAS dan juga Yarmouk. Memandangkan salah seorang alshabab yang mengikuti dalam kembara ini adalah seorang pelajar JAS, jadi kami terus menghantarnya ke tempat penginapanya, iaitu tidak jauh kawasan kedai makan 'KFC'yang kami singgah di Irbid.
Kawasan tempat penginapan penunutu University Yarmouk dan JAS(Jordan ScienceTechnology Univ)

Di kedai makan di Irbid

Pintu gerbang University Yarmouk, pemandangan waktu Jordan di landa debu.

Singgah untuk bersolat jamak di masjid University Yarmouk.

Destinasi Hari ke 4 - Ajloun

Hari ke 4, pemandu pelancung kami ialah Jibrail, juga seorang warga Palestin. Beliau agak pendiam orangnya, agak berhati-hati dalam berbicara, ini mungkin juga disebabkan oleh faktur usianya yang lebih muda dan juga pengalaman yang agak kurang.
Pagi itu kami keluar mengikut waktu yang ditetapkan. Perjalanan menuju ke Ajloun juga agak memakan masa. Namun sempat juga kami berhenti di bahu jalan untuk membeli ais kerim yang dibuat dari susu kambing.Ehmm, sedapnya!
Sebelum masuk ke kota lama kami perlu membeli tiket di pejabat di kawasan ditunjukkan di foto ini:

 Berhampiran dengan kota ini dipercayai terdapat makam Nabi Khidir, tidak sempat pula aku nak mengambil fotonya.

Kota lama ini dikatakan pernah berlakunya Perang Salib iaitu di zaman Sallehuddin Al Ayubi.

Sebahagian dari ruang yang terdapat di dalam kota lama ini dijadikan muzium bagi menyimpan artifak-artifak yang dijumapai di kawasan kota lama ini.

Ruang-ruang yang terdapat di dalam kota lama ini, malangnya aku tidak mahir dalam membuat liputan sejarah mengenai kota lama ini.

Mungkin maklumat di bawah sedikit sebanyak dapat membantu.

Thursday, November 12, 2015

Di Perkampungan dan Kota Lama di Iraq El-Amir

Kami terasa begitu dahaga dan mata air sudah kering. Issa berasa kecewasetelah naik tangga begitu tinggi. Kenderaan dipandu terus ke sebuah kota lama yang penuh sejarah.

Kota tinggalan sejarah telah dibiarkan.


Keadaan di dalam kawasan kota lama ini penuh dengan maklumat tinggalan zaman dulu dimana cara mereka menggunakan pengaliran air untuk tanaman dapat dilihat.

Dari dalam kawasan kota lama, tiang-tiang roman masih tersergam gagah.

Pemandangan sebuah rumah penduduk kampung berhampiran kota lama tersebut.

Di Persekitaran Ladang Iraq El-Amir

Sebentar sahaja kami di Makam Panglima Khalid Al-Walid, seterunyas ke kawasan perladangan di situ. Agak mencabar perjalanannya, maklumlah jalan yang sempit dan berbukit bukau. Kalau kenderaan yang tidak cukup baik, akan tergendalalah perjalanan ini.

Issa singgah sebentar di sebuah tempat dikatakan ada punca mata air, iaitu di atas sebuah bukit. Hanya tiga orang Shabab itu sahaja yang dapat ikut Issa kerana terpaksa menaiki tangga yang agak tinggi.


Kenderaan di lihat dari atas tangga tersebut dan di belakang adalah ladang pokok tin.

Destinasi Seterusnya, Iraq El-Amir

Selepas melawat Muzium Jordan kami singgah di buah restoran Makanan Arab. Sesudah kenyang mengisi perut, kami di bawa Issa ke sebuah kawasan perkampungan yang agak jauh perjalanannya dari Abdoun. Setelah melalui beberapa jalan kecil, kami tiba di sebuah kawasan perkuburan dipercayai bersemadinya panglima Islam Khalid Al-Walid.
Bangunan di belakang suamiku ini terdapatnya tempat dipercayai persemadian panglima Khalid Al-Walid.

Di jaga rapi oleh penduduk di kawasan ini, Bangunan ini akan dikunci sewaktu tiada pengunjung.

Persekitaran yang indah di kelilingi pokok-pokok zaitun dan kubur-kubur yang lain, sangat nyaman!

Lagi pemandangan sekitar dan terdapat pokok yang hampir seratus abad menaungi kuburan di sini.

Agenda di Hari Ketiga di Jordan

Pagi itu kami keluar lebih awal memandangkan, Muzium Jordan hanya dibuka dari pukul 10pagi ke jam 2 petang. Selepas bersarapan pagi seperti biasa kami menaiki van menuju ke Destinasi. Tidak berapa jauh jaraknya dari Abdoun.

 Gelagat ketiga-tiga orang Al Shabab di bawah ini kadang-kadang menggelikan hatiku. Mereka leka berlari-lari di perkarangan kawasan Muzium yang juga terdapat gerabak keretapi lama negara Jordan.

Di antara artifek yang sempat ku ambil foto di Muzium tersebut.

Peta Jordan yang terdapat di dalam Muzium . Kedudukan ibu negara Jordan, Amman dapat di lihat.

Semua destinasi yang kami jadualkan berada di bahagian utara Jordan yang juga termasuk Laut Mati.

Sunday, November 8, 2015

Destinasi Ke 2 Makam Nabi Syuib

Sudah lebih sebulan aku tidak meneruskan coretan kembaraku. Ini kerana keadaan rumahku yang sedang dibaik pulih secara besar-besaran sedang dilakukan. Penambah baikan rumah ku ini memang agak memakan masa iaitu melampaui 3 bulan. Aku pula tidak suka menaip menggunakan tab atau yang lebih kecil dari itu. Aku cuba untuk menyelitkan juga coretan aku ini walaupun dalam keadaan yang tidak selesa,
Destinasi kami seterusnya, ialah ke Lembah Madyan. Perjalanan agak jauh, jadi sebelum itu kami singgah makan roti arab dan humus yang dibelanja oleh Issa.

Foto yang dapat diambil semasa dalam perjalanan ke Lembah Madyan.

Foto diambil dari tepi jalan di Lembah Madyan. Terlihat sebuah anak sungai mengalir.


Sesampai sahaja di Makam Nabi Syuib, kami diberi penerangan mengenai sejarah Nabi Syuib oleh penjaga Makam. Memandangkan dia hanya tahu berbahasa Arab dan agak pekat. Aiman dan anakku diminta membantu untuk menjelaskan lagi. Walaubagaimanapun, kami amat belas dengan keadaan sekitar makam. Apa boleh buat, kebanyakan penduduk di sini tidak terdedah dengan pembangunan sebagaimana di kawasan yang lebih maju, jadi kehidupan mereka pun sangat dhaif.


Pemandangan di bahagian belakang Makam Nabi Syuib.

Keadaan kedhaifan tidak jelas jika hanya berdasarkan foto-foto di atas. Sekiranya ke sana barulah diketahui yang betapa tempat-tempat bersejarah perlu dititik-beratkan. Walaubagaimanapun aku mengkagumi sikap peramah penjaga makam ini dengan kami. Mereka ada menyediakan air minuman untuk jemaah yang datang bersembahyang di masjid ini.