Saturday, March 28, 2015

Minggu Pertama Hidup Anakku di Perantauan - Negara Matahari Terbit

Seperti yang diberitahu sebelum ini, dia mengikuti kursus induksi sebaik tibanya di Tokyo. Di sana dia bersama rakan-rakan sekumpulannya dibawa melawat sekitar bandar Tokyo. Ini adalah untuk membiasakan mereka mengenali lebih dekat lagi ibu negara Jepun itu(Nihon).
Setelah hampir seminggu berada di Tokyo, anakku bersama 2 orang lagi rakannya menaiki pesawat anak syarikat ANA(Japan Airline) menuju ke Pulau Kyushu. Perjalanan menggunakan kapalterbang ini hanya memakan masa sekitar 2 jam sahaja. Namun begitu tambangnya tidaklah murah jika dibanding dengan masa perjalanan iaitu 40000 yen (lebihkurang RM1200).
Menurutnya boleh juga naik keretapi laju, shinkansen (bullet train) tetapi agak memakan masa kerana banyak kali berhenti dan semestnyai masa perjalanan menjadi terlalu lama.
Walaubagaimanapun aku amat bersyukur kerana mereka selamat sampai di lapangan terbang Pulau Kyushu, di sambut oleh sepasang suami isteri rakyat Malaysia. Pasangan memandu kereta membawa anakku dan 2 orang rakannya menuju ke Kumamoto. Begitulah kelebihan belajar dan berada di luar negara, saling bantu membantu di antara rakyat Malaysia sudah menjadi lumrah. Kebetulan pasangan ini adalah Pensyarah UTHO yang sedang mengambil Ijazah Doktor Falsafah.
Buat masa ini anakku dan rakannya menetap sementara di bilik tetamu di Kumamoto Islamic Centre.
Menurutnya makanan yang dijual di kantin universiti tidak mahal dan adalah halal walaupun orang Jepun yang menjualnya. Dia memberitahu yang orang-orang Jepun di sini kebanyakannya beragama Islam. Pengaruh Islam di sini dibawa masuk oleh pelajar-pelajar Indonesia yang mana mereka juga yang mewujudkan Kumamoto Islamic Cntre.
Walaupun aku pada luaran tidak menunjukkan reaksi kesedihan, maklumlah anak tunggal dan inilah kali pertama dia berada jauh di luar negara, tetapi dengan adanya alat telekomunikasi yang canggih sekarang ini aku pastikan dia menghubungiku sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tambahan pula di Islamic Cnter itu ada kemudahan WIFI percuma, senanglah dia menggunakan Line.
Jarak waktu di Kumamoto hanya berbeza 1 jam lebih awal dari Malaysia, jadi tidaklah bnyak masalah untuk berkomunikasi siap boleh nampak wajah dan bibirnya yang kemerah-merahan akibat keadaan cuaca yang begitu sejuk. Suhu berada di bawah 10C.
Zaim melahirakan rasa gembira semasa berhubung denganku menggunakan Line semalam. Ini kerana katanya suasana di Kumamoto ini amat nyaman, di kelilingi tanaman sayuran dan rumah-rumah yang agak berjarak jika dibandingkan dengan Tokyo. Dia teringat kepada suasana di BKE iaitu dalam perjalanan ke rumah Mak Tok dan Mak Ngahnya di Penang.

Friday, March 27, 2015

Perantau di Kumamoto, Jepun

Bergambar sebelum berlepas pada 21 Mac 2015. Mereka ditempatkan di beberapa buah universiti di Jepun. Menaiki MH 70, kesemuanya 60 pelajar. Melanjutkan pelajaran selama 2 tahun lagi demi segulung ijazah pertama kejuruteraan mekanikal. Mereka harus menguasai bahasa Jepun.Aku mengharapkan Zaim akan dapat menempuh hidup dengan lebih bermakna di Negara Matahari terbit.
Menurutnya setakat ini dia sangat selesa dengan suasana di kawasan tempat dia belajar ini. Amat nyaman dan sesuai untuk mentelaah pelajaraan. Komuniti di situ terdiri dari berbagai bangsa, yang paling ramai orang Indonesia, diikuti Arab, Pakistan dll.

Sunday, March 8, 2015

Family Group Bundle Batu Caves

Sejak aku bersara anak bujang aku asyik sibuk mendesak ku untuk pergi ke Ampang. Dia memberi tahuku kononnya dia nak beli jeans di kedai bundle yang terletak di Taman Kosas. Aku kata, alang-alang ke Ampang kita terus ke Lembah Jaya, ziarah sepupuku yang telah lama tidak ku kunjungi. Maklumlah sepupuku ini yang menjadi penjamin untuk anakku melanjutkan pelajaran dan dia pula baru kematian ibu. Aku sudah lama teringat nak berkunjung ke rumahnya. Malangnya panggilan taliponku tidak dijawab. Mungkin dia tidak mahu diganggu, fikirku. Tidak mengapa, ada masa aku akan menjenguknya juga nanti.
Tiba-tiba aku teringat semasa aku ke pejabat pos baru-baru ini, aku perasan ada sebuah kedai bundle yang aku rasa baru dibuka sarat dengan jeans dan pakaian winter. Tergantung dengan tanda RM5 dan RM 10. Aku lantas mengajak dia untuk cuba menjengah ke kedai tersebut setelah dia mendesak untuk ke Ampang. Waktu sudah hampir 6 petang, walaupun hari mendung, aku pergi ke kedai di Batu Caves itu yang berhampiran Masjid Amaniah. Tiba di kedai itu anak aku menjadi gembira kerana apa yang dia hajati memang terdapat di kedai itu. Dia membeli seluar jeans, slack dan baju winter. Maklumlah sekurang-kurangnya dia dapat berjimat wang sewaktu dia di Jepun nanti. Dia gembira kerana  saiz 32 yang sesuai untuknya banyak didapati di kedai itu.
Alhamdulillah aku bersyukur kerana apa yang diharapkannya telah tercapai. Dia membeli 6 helai semuanya. Sebenarnya kedai ini adalah salah satu cawangan kedai bundle yang berada di Ampang itu. Pakaian-pakaiannya adalah dibawa masuk dari Korea, Jepun, USA dan Kanada. Jeans dan slack adalah yang paling banyak pilihan diikuti oleh pakaian winter.
Bila hari semakin senja, semakin ramai pengunjung kedai itu, terutama bagi yang baru pulang dari kerja dan mereka-mereka dari golongan muda,