Monday, September 29, 2014

Scarf Osteotomy Recovery and Hammer Toe Release Tendon

Syukur ku panjatkan kepada Allah swt kerana telah memulihkan kembali kaki kiriku setelah genap setahun aku menjalani pembedahan menurut prosedur di atas.
Sesungguhnya memang pada mulanya, aku sangat takut bila mana doktor menyarankan untuk diletakkan skru pada tulang ibu jariku. Walaupun mereka tidak memaksa, dalam hati kecilku terasa bahawa inilah jalan terakhir aku setelah berusaha cara lain seperti memakai ortotik dan menjalani sesi fisioterapi selama 6 bulan. Kesakitan pada tapak kaki kiri tidak banyak berubah. Aku bertekad untuk menerima saranan doktor sementah lagi ku perhatikan sikap doktor berkenaan yang agak komited.
Fasa pemulihan sepenuhnya (full recovery)bagi pembedahan jenis ini amatlah lama. Setakat yang ku layari dalam internet ialah dari 1 ke 3 tahun.
Dalam masa 2 minggu selepas keluar dari wad, dressing perlu dilakukan di klinik iaitu 2 kali seminggu. Selepas 6 minggu x-Ray diambil dan rawatan susulan dilakukan pakar ortopedik. Dalam masa ini tulang yang di potong sedang dalam proses percantuman semula. Kebengkakan di kaki yang terlibat akan terjadi bila mana banyak di biarkan kaki ke bawah, ketidakselesaan akan amat terasa.
Kesabaran amatlah diperlukan dalam masa ini. Aku lebih suka berbaring atau kaki diletakkan di atas katil sahaja.Doktor membenarkan aku kembali bekerja selepas minggu ke 7 tetapi dengan memakai kasut vacopad dan bertongkat . Aku juga diberi surat untuk menjalankan kerja-kerja ringan sahaja dan tidak digalakkan banyak berjalan.
Masuk bulan ke 3 setelah di tekan dengan jarinya, aku diarah doktor untuk tidak perlu guna tongkat dan aku terus  memakai kasut croc. Sebaik sahaja aku tidak perlu memakai tongkat aku menaiki tangga ke tingkat 5 di salah sebuah jabatan kerajaan(Kementerian Kesihatan Msia - Bhg Perlesenan). Alhamdulillah aku berjaya melakukannya walaupun dengan kadar yang perlahan. Lagipun di situ tiada orang yang memerhatikan. Aku tidak merasa kekok dan terus berjalan dengan perlahan. Pada masa itu hendak sampai ke tempat parking kereta terasa amatlah lambatnya.
Genap 6 bulan usia kakiku dibedah, kesan bengkak sudah hilang. Bagaimanapun insole yang ku tempah atas saranan doktor untuk kedua-dua kaki bagi memulih keadaan flat feetku tidak dapat ku guna sepenuhnya. Kaki kiriku akan terasa sakit sekiranya aku menggunakannya melebihi sejam. Menurut orang yang menjual insole itu aku perlu cuba walaupun sekejap. Lagipun insole ini mahal juga RM400 sepasang dengan jaminan 10 tahun.
Aku menurut saja apa yang disarankan. Rupa-rupanya insole ini dapat ku gunakan sepenuhnya genap setahun usia pembedahan- pakai sepanjang hari tanpa rasa sakit. Sungguh aku bersyukur ianya dapat ku gunakan. Aku berharap masalah Flat feet akan dapat di hilangkan dengan pemakaian insole ini. Masa bukanlah faktur utama untuk memulihkan keadaan kaki seperti kakiku ini. Beberapa tahun bersabar itu lebih baik dari menanggung kesakitan sepanjang usia. Kalau sebelum ini, kasut croc pun aku tidak boleh pakai, disebabkan sempitnya akibat kakiku yang mengembang. Tetapi sekarang aku sudah boleh pakai, tambahan pula kasut ini sangat lembut dan terasa amat selesa. Aku perlu mencari pengganti kasut croc ini sebelem tapaknya sudah haus dan sudah hampir 10 bulan aku menggunakannya.

No comments:

Post a Comment