Syukur ku panjatkan kepada Allah swt kerana telah memulihkan kembali kaki kiriku setelah genap setahun aku menjalani pembedahan menurut prosedur di atas.
Sesungguhnya memang pada mulanya, aku sangat takut bila mana doktor menyarankan untuk diletakkan skru pada tulang ibu jariku. Walaupun mereka tidak memaksa, dalam hati kecilku terasa bahawa inilah jalan terakhir aku setelah berusaha cara lain seperti memakai ortotik dan menjalani sesi fisioterapi selama 6 bulan. Kesakitan pada tapak kaki kiri tidak banyak berubah. Aku bertekad untuk menerima saranan doktor sementah lagi ku perhatikan sikap doktor berkenaan yang agak komited.
Fasa pemulihan sepenuhnya (full recovery)bagi pembedahan jenis ini amatlah lama. Setakat yang ku layari dalam internet ialah dari 1 ke 3 tahun.
Dalam masa 2 minggu selepas keluar dari wad, dressing perlu dilakukan di klinik iaitu 2 kali seminggu. Selepas 6 minggu x-Ray diambil dan rawatan susulan dilakukan pakar ortopedik. Dalam masa ini tulang yang di potong sedang dalam proses percantuman semula. Kebengkakan di kaki yang terlibat akan terjadi bila mana banyak di biarkan kaki ke bawah, ketidakselesaan akan amat terasa.
Kesabaran amatlah diperlukan dalam masa ini. Aku lebih suka berbaring atau kaki diletakkan di atas katil sahaja.Doktor membenarkan aku kembali bekerja selepas minggu ke 7 tetapi dengan memakai kasut vacopad dan bertongkat . Aku juga diberi surat untuk menjalankan kerja-kerja ringan sahaja dan tidak digalakkan banyak berjalan.
Masuk bulan ke 3 setelah di tekan dengan jarinya, aku diarah doktor untuk tidak perlu guna tongkat dan aku terus memakai kasut croc. Sebaik sahaja aku tidak perlu memakai tongkat aku menaiki tangga ke tingkat 5 di salah sebuah jabatan kerajaan(Kementerian Kesihatan Msia - Bhg Perlesenan). Alhamdulillah aku berjaya melakukannya walaupun dengan kadar yang perlahan. Lagipun di situ tiada orang yang memerhatikan. Aku tidak merasa kekok dan terus berjalan dengan perlahan. Pada masa itu hendak sampai ke tempat parking kereta terasa amatlah lambatnya.
Genap 6 bulan usia kakiku dibedah, kesan bengkak sudah hilang. Bagaimanapun insole yang ku tempah atas saranan doktor untuk kedua-dua kaki bagi memulih keadaan flat feetku tidak dapat ku guna sepenuhnya. Kaki kiriku akan terasa sakit sekiranya aku menggunakannya melebihi sejam. Menurut orang yang menjual insole itu aku perlu cuba walaupun sekejap. Lagipun insole ini mahal juga RM400 sepasang dengan jaminan 10 tahun.
Aku menurut saja apa yang disarankan. Rupa-rupanya insole ini dapat ku gunakan sepenuhnya genap setahun usia pembedahan- pakai sepanjang hari tanpa rasa sakit. Sungguh aku bersyukur ianya dapat ku gunakan. Aku berharap masalah Flat feet akan dapat di hilangkan dengan pemakaian insole ini. Masa bukanlah faktur utama untuk memulihkan keadaan kaki seperti kakiku ini. Beberapa tahun bersabar itu lebih baik dari menanggung kesakitan sepanjang usia. Kalau sebelum ini, kasut croc pun aku tidak boleh pakai, disebabkan sempitnya akibat kakiku yang mengembang. Tetapi sekarang aku sudah boleh pakai, tambahan pula kasut ini sangat lembut dan terasa amat selesa. Aku perlu mencari pengganti kasut croc ini sebelem tapaknya sudah haus dan sudah hampir 10 bulan aku menggunakannya.
Monday, September 29, 2014
Friday, September 19, 2014
Lembaran Sebuah Kehidupan
Sudah agak lama aku tidak berblog. Kesuntukan masa merupakan kekangan utama bagi diriku buat masa ini. Maklumlah musim cuti sekolah banyak juga majlis walimatul urus harus ku penuhi, Bagi diriku yang sudah separuh abad, tidak perlu tergesa-gesa untuk menguruskan rutin harian seperti mengemas rumah. Aku hanya lakukan mana yang termampu. Hubungan sesama insan itu yang utama.
Kehidupan sebenar manusia sebenarnya terletak dalam diri manusia itu sendiri, iaitu roh. Kita memiliki jasad sebagai bentuk dan roh adalah sebagai isi di dalamnya. "Allah memegang nyawa seseorang pada saat kematiannya dan nyawa seseorang yang belum mati ketika ia sedang tidur. Maka Dia tahan nyawa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan." (Al-Zumar 39:42)
Seterusnya roh menetap di alam barzakh untuk mengecap kebahagiaan atau merasakan hukuman seksa sehingga tiba Hari Kebangkitan.
Dalam masa kita masih berada di alam dunia ini, Allah menganugerahkan kita rezeki dalam berbagai-bagai bentuk termasuklah keluarga bahagia, kesihatan dan kemudahan dalam segala urusan. Keberkatan rezeki itulah yang menjadi keutamaan.
Berikut adalah 4 peluang untuk menggandakan rezeki yang kita boleh lakukan terutamanya di tempat kerja:
1.Menjalinkan hubungan Silaturrahim - ' Sesiapa yang ingin dilapangkan rezeki dan dilambatkan ajal maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.' - (Riwayat Bukhari). Elakkan dari politik pejabat, gosip, mengadu domba dan sebagainya yang berlaku yang membawa kepada permusuhan
2.Memberi untuk Menerima - Sikap murah hati dengan rakan sekerja boleh menyuburkan rezeki. Fitrahnya kita akan menerima kembali perkara yang kita beri. Pemberian boleh kita lakukan dalam bentuk hadiah, sedekah dan seumpamanya.
3.Menunaikan Hajat - Semua manusia berhajat akan sesuatu. Walaupun begitu tidak semua hajat kita dapat dilaksanakan sendirian. Kadangkala kita perlu bantuan orang lain. Oleh itu marilah kita menanamkan azam untuk menjadi orang yang selalu menunaikan hajat seseorang. Peluang dari segi ini bagiku terbuka luas kerana syarikat tempat ku bekerja biasanya terdapat ramai kakitangan yang tidak berpengalaman dan memerlukan tunjuk ajar dari orang sepertiku. Aku harap aku dapat memenuhi hajat majikan ku dari segi ini.
4. Menolong Yang Lemah - Pertolongan yang paling baik ialah pertolongan kepada orang yang lemah. Mungkin dengan pertolongan kita selesai masalah besar dalam hidup mereka.
' Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah dalam kalangan kamu.'(Riwayat Bukhari) Hulurkan bantuan dengan ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)