Pencegahan Awal adalah lebih baik dari sesuatu keadaan sudah menjadi serius. Itu adalah slogan yang diwar-warkan di kebanyakan hospital dan klinik kesihatan. Itulah juga prinsip yang ku pegang. Tambahan di usia begini perlu lebih banyak berjaga-jaga. Temujanjiku di klinik Pakar Surgery pada 7 Ogos lalu ditemani suami. Aku rasa lebih selesa ditemaninya maklumlah sebelum ini sudah ditegur oleh doktor pakar ortopedik kerana berjumpanya berseorangan. Suamiku kekeringan cuti tahunan, agak sukar untuk dia menemaniku. Kebetulan dia baru menjalani pembedahan di tangan kanan(couple tunnel) dan masih dalam cuti sakit.
Yang menemuiku kali ini ialah MO India perempuan. Sambil memerhati pembedahan kaki yang sudah ku jalani, beliau menanya sejak bila aku alami varikos vein dan bila merasa sakit/ganggu dalan hidup harianku. Aku memberitahunya aku merasa lenguh dan seperti ada beban pada bahagian vein yang bersimpang-siur. (seperti dalam lakaran di atas). Beliau menyarankan untuk ku beli compression stocking dan memakainya. Aku dinasihatkan memakainya semasaku bekerja.
Seterusnya MO menjelaskan akibat dari varikos vein jika sudah serius. Pendarahan berlaku dan vein akan pecah. Untuk aku berlaku pendarahan memang ada terutama pada vein-vein yang halus. Apa yang lebih kritikal ialah terasa ada beban dan bahagian urat bersimpul terasa panas.
MO kemudian mengarahku untuk membuat temu janji dengan bahagian ultrasound. Ini bertujuan untuk dia dapat tahu keadaan perjalanan darah dalam vein samada ada tersumbat atau tidak dan juga keadaan injap vein. Selepas temujanji dengan bahagian ultrasound aku perlu semula ke klinik untuk mendapat TCA yang baru bagi menilai hasil dari ujian dengan ultrasound. Biasanya jika perlu rawatan/pembedahan kecil ianya hanya dibuat di bahagian Pusat Rawatan Harian sahaja. Aku harap bila sudah pakai stocking tu keputusan ultrasound biarlah negative untuk melakukan apa-apa pembedahan walaupun kecil.
Antara faktu-faktur varikos vein:
1. Genetik - diwarisi dari keluarga - memang ada padaku
2. Usia - Dikesan sejak usia remaja - menjadi tidak selesa bila sudah pertengahan umur.
3. Gaya hidup - Pekerjaanku memang sebahagian besarnya perlu banyak berdiri
4. Riadah - Mungkin ini juga faktur penambah, aku memang kurang beriadah - hanya suka mengcangkul.
Bagiku faktur 1) dan 2) adalah penyebab utama. Walaubagaimanapun aku bersyukur ianya ku sedari di peringkat awal dan aku berusaha untuk mengubatinya.
TCA ultrasound - 2 Oktober dan TCA ke 2 - 16 Oktober 2014.
No comments:
Post a Comment