Saturday, May 31, 2014

40 Hadith Nawawi - Hadith ke 3

On the authority of Abdullah, the son of Umar ibn al-Khattab (may Allah be pleased with him), who said:
‘I heard the Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) say, “Islam has been built on five [pillars]: testifying that there is no deity worthy of worship except Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, establishing the salah (prayer), paying the zakat (obligatory charity), making the hajj (pilgrimage) to the House, and fasting in Ramadhan.”’ [Al-Bukhari] [Muslim]
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: " بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ".
[رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ]
، [وَمُسْلِمٌ].
Reference : 40 Hadith Nawawi 3
English translation : Hadith 3
Dari Abdullah bin Umar r.a - dijelaskan mengenai rukun Islam yang lima yang memang sebagai orang beragama Islam sepatut sudah maklum.

Sunday, May 25, 2014

Soldier of Allah

Wahai sekelian manusia yang beriman! Dunia yang fana ini tidak lain hanyalah untuk tempat kita diuji. Kita tidak akan terlepas dari tribulasi kehidupan di dunia ini. Dalam masa yang sama kita disibukkan dengan tidak henti-henti mencari duit dan kemewahan. Amatlah rugi jika sekiranya kita tidak sematkan di hati kita bahawa semuanya untuk kehidupan dunia sahaja. Kita tidak akan pernah puas dengan apa yang di anugerahkan Allah kepada kita. Akhirnya kita pulang ke pangkuan Allah tidak membawa apa-apa. Sesungguhnya apa yang ada pada kita sudah ditetapkan Allah kita hanya setakat berusaha sedikit untuk mendapatkannya.
Oleh itu jika apa yang kita miliki Allah mengambil kembali, hendaklah kita mengucapkan, "Inalillahi wainna ilaihi rajiuun". Ucapan ini perlu segera disebut - sebaik-baiknya dalam 6 saat setelah menerima berita itu. Ini untuk mengelakkan diri kita ini dihasut oleh syaitan yang sentiasa menanti peluang untuk menggoyahkan aqidah kita.
Para Fuqahaq pernah menyebut bahawa, kita perlu hanya mempamerkan sifat kehambaan kepada Allah dan hendaklah kita mempunyai sifat khalifah kepada makhluk lain terutamanya manusia. Maksud di sini kita perlu bebas dari mempunyai sifat memikirkan apa yang orang lain tanggap kepada kita. Sifat seorang khalifah adalah sifat seorang pemimpin yang tidak akan tunduk atau ikut apa yang orang lain buat, terutama perkara-perkara yang tidak menambahkan nilai dalam kualiti kehidupan kita.
Secara benarnya kita merupakan panji-panji Allah (Soldier of Allah). Secara kita tidak sedar Allah pula akan meletakkan perasaan takut dalam hati pada orang-orang yang benci kepada Islam. Ini kerana Allah hanya akan menolong hamba-hambanya yang ikhlas ingin menolong agamanya. Jika kita tidak menolong agama Islam siapa lagi, jangan mengharap hanya pada orang-orang yang ditribulasi secara lansung seperti rakan-rakan kita di Syria. Orang-orang yang Allah beri kesenangan dalam hidupnya dan membela pula agamanya tentulah lebih besar imbuhan. Kemewahan dalam hidup juga merupakan tribulasi yang lebih hebat kerana kebanyakan manusia mudah lalai dan alpa. Marilah berjuang bersama membela agama Allah dalam apa jua cara yang kita ada. Satu-satunya agama yang Allah redhai di dunia ini. Allahu Akbar!

Friday, May 9, 2014

Seminggu Kerja Penuh Rahmah

Dah lama aku tidak bercoret di blog ini. Maklumlah sibuk dengan kerja di makmal yang tidak berkesudahan.
Alhamdulillah kesihatan diriku tidak banyak terganggu, aku seronok dengan kerjaku buat masa ini.Bulan April lansung tidak berkesempatan untuk mengambil cuti. Nanti tidak sempat nak dihabiskan pula bila sampai hujung tahun, hilang begitu sahaja. Bagaimanapun kita berlebih tidak apa, duit gaji diharap berkat. Allah mengetahui segalanya. Mungkin itu juga pendorong yang menyebabkan aku bertahan di syarikat ini. Pihak pengurusan pula sudah tidak banyak mengganggu apa yang kami buat.
Ada satu perkara yang selama ini ku kehilangan iaitu suasana kedamaian tanpa perlu dengar ngomelan bos junior.  Dia bercuti selama seminggu ke Taiwan, berbulan madu dengan suaminya. Aman rasanya suasana kerja. Tiada masalah bancuhan dari pekerja pihak pengeluaran pula. Tekanan pekerjaan tidaklah terasa dan tumpuan kepada perkara yang memerlukan dokumentasi dapat ditingkatkan. Aku pula terasa sudah berminat menceburi bahagian lakaran pembuatan kotak dan penglabelan - penyediaan artwork.
Bidang pembungkusan ini memang banyak kegunaan jika diketahui secara mendalam. Terutama cara penghasilan kotak yang sememangnya banyak diguna untuk apa jua barang. Berkenaan dengan sistem yang sedang di dalam proses untuk mendapat pengikitirafan iaitu ISO13485 : 2003. Syarikat tempat aku kerja perlu mengadakan latihan kepada semua kakitangan di dalam kilang dan juga menjalani proses audit.
Bagiku hidup di dunia ini mesti melalui fasa. Setiap fasa yang dilalui penuh dengan hikmah. Hanya yang dapat menilai dapat merasai nikmatnya. Apa jua kerja yang kita lakukan bukan semata-mata untuk mencari atau menjana wang. Apalah guna wang yang banyak dapat dijana akhirnya hilang begitu sahaja. Kita bekerja niat untuk beribadah kerana Allah mudah-mudahan juga mendapat imbuhan di akhirat, tambahan pula untuk diriku yang dikeliling oleh mereka-mereka yang belum kembali(revert). Semuga suatu hari nanti mereka mendapat hidayah juga dan aku perlu istiqamah dengan perlakuanku yang aku percaya tidak terlepas dari menjadi perhatian mereka. Ameen!