Aku memanjat kesyukuran kepada Allah kerana perkara-perkara yang diwajibkan di dalam manasik Haji ku telah selesai. Kami ada lebihkurang 15 hari lagi sebelum berangkat ke Madinah. Kebanyakan jemaah Haji yang datang penerbangan awal ada yang sudah pulang ke Tanah Air. Dalam masa ini adikku bercadang untuk dapatkan tempat di dalam kapalterbang sekiranya ada untuk pulang awal. Bukan apa urusan kerja sedang menunggu, bekalan kewangan kami pun tidaklah banyak untuk merewang-rewang macam orang lain.
Pihak Tabung Haji kata mereka akan cuba dapatkan sekiranya ada.
Dalam hati kecilku memang aku ingin tinggal selama yang boleh di sini, di tanah yang penuh barakah. Jika itu harapan adikku aku menurut sahaja. Umrah pertama selepas haji kami ialah dengan mengikut si Nurun dibawa oleh saudaranya iaitu anak saudara kepada Ustaz Ismail Kamus untuk berniat umrah di mikat.. Beliau sedang menuntut di Universiti AlQura iaitu tidak jauh dari Baitullahil Haram. Ini adalah satu-satu universiti yang aku diberitahu yang ada di Tanah Suci Mekah.Semua pelajar-pelajar di Universiti ini dibiayai oleh Kerajaan Arab Saudi termasuk beliau sendiri. Menurutnya pelajar Malaysia yang belajar di Universiti itu ada beberapa orang sahaja. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan belajar di kawasan yang berasingan. Semasa berada di dalam bilik kuliah pelajar perempuan digalakkan membuka tudung, kerana kakitangan termasuk pensyarah semuanya adalah perempuan. Proses pembelajaran mereka menjadi lebih selesa dan adakalanya berpakaian terlebih seksi, ini menurut isteri kepada saudara si Nurun yang juga merupakan pelajar di Universiti itu.
Kami berniat ihram di Tanain, iaitu tempat tedekat berbanding dengan tempat-tempat yang lain.Kami hanya berhenti sekejap dan berniat ihram lansung tidak keluar dari kereta. Orang dah bawa kami ikut saja yang penting dapat berniat ihram. Umrah pertama pun selesai. Selang beberapa hari adikku menalipon saudara sebelah isterinya yang memang sudah lama tinggal di Mekah. Ibu mertuanya telah beritahu saudaranya itu yang kami ada di sana. Dengan panggilan Mak Ucu, kami pun di undang ke rumah mereka di Misfalah, tidak jauh dari kota Mekah. Di bandar ini didapati ramai jemaah dari Indonesia dan Afrika tinggal berdasarkan pada pandangan aku dan maklumat yang diberitahu oleh salah seorang jemaah haji Indonesia semasa aku bertaaruf dengannya sewaktu di Masjidil Haram. Anak Mak Ucu datang mengambil kami di Hotel dan kami dijamu dengan masakan Tomyam istemewa, um sedap sekali tambahn pula MakUcu ini warganegara Thailand pandailah masak makan Siam
Sunday, October 14, 2012
Friday, October 12, 2012
Selepas Hari-Hari Tasyrik
Di dalam bas semasa perjalanan pulang ke Mekah, akupun bercerita dengan rakan sebelah, salah satu topik ialah mengenai sepasang suami isteri yang dibawa oleh seorang perempuan yang cantik ke suatu tempat yang mereka sendiri tidak tahu dimana. Selepas berada di situ untuk beberapa ketika mereka pun dihantar semula ke khemah Mina. Selepas beberapa km, kami pun terlena keletihan di dalam bas. Cuaca agak panas dan waktu sudah menghampiri tengahari, sebaik menghampiri Hotel Marwah Al Naqa, pemandu bas kami yang nampaknya sangat haus pun membrhentikan basnya di tepi jalan berhampiran Hotel Hariri. Yang kelakarnya, dia haus tak mengapa, tetapi kami penumpang-penumpang dibiarkan kepanasan setelah enjin bas dimatikan, katanya dia nak jimat minyak petrol. Semasa ini juga sebenarnya para jemaah sedang diduga oleh ALlah, janganlah kita hendak berlagak macam bos di Tanah Haram ini. Kalau dilihat sekali pandang, pemandu bas itupun memang masih muda, akhir remajalah katakan. Fikiran pun belum matang dia buat apa yang dia rasa betul sajalah. Kita para jemaah yang dah dekat separuh dekad kena banyak-banyak bersabar janganlah nak melenting.
Selepas memandu beberapa ketika dan jalan berhampiran hotel kami itu kebanyakan masa memang agak sesak, dia membuat keputusan untuk tinggalkan di tepi jalan yang masuk ke Jalan Umar Al Khattab. Mujurlah Allah mengingatkanku tempat itu sebenarnya aku pernah berjalan-jalan bersama adikku. Lantas tanpa berfikir panjang kami pun turun dari bas dan mengikut jalan pintas yang kami sudah biasa. Kami dikira tiba ke hotel di antara yang terawal, seronok bukan apa dapat masuk bilik air dahulu, keperluan hajat dapat ditunaikan dengan cepat yang di Mina terpaksa banyak bertahan. Hari-hari berikutnya bagiku agak kurang selesa maklumlah sebelum ini aku boleh dan sibuk bersolat disamping membuat sedikit beli-belah. Aku hanya dapat bertawaf haji pada hari ke 4 selepas hari-hari Tasyrik. Alhamdulillah haid ku kering dengan sempurnanya. Kena betul-betul kering, ibadat haji bukan macam sembahyang, tidak kering mandi lagi sekali. Sebaik-baiknya walaupun sudah kering kena tunggu lagi 24 jam untuk kepastian. Kebiasaan tempoh haid ku 7 hari, aku lebihkan jadi 8 hari untuk kepastian. Masa nak menunaikan tawaf kebetulan si Nurun rakan sebilikku yang buat haji Ifrad pun belum boleh tawaf, ini disebabkan suaminya sejak pulang dari Mina mengalami demam panas, cuma dia tak sampai masuk wad dan kami pun pergi bersama. Adikku yang sudah selesai hajinya menjadi juru iring kami. Bukan apa takut-takut suaminya pening lagi sebab demamnya belum baik betul, dapatlah adikku membantunya. Inilah barakahnya berada di Mekah bila dapat menolong orang hati rasa begitu gembira sekali, mungkin sebab pahala berlipat ganda yang Allah anugerahkan, Ameen!

Subscribe to:
Posts (Atom)