Saturday, October 8, 2011

Perubahan Jadual Penerbangan Hajiku

Dalam 4 hari lagi tarikh penerbanganku, aku terima sepucuk surat dari TH. Agak keliru juga pada mulanya kerana surat itu memberitahu tarikh yang baru untuk penerbanganku. Tarikh dilewatkan ke 23 Oktobr. Ini kerana adikku ada buat rayuan untuk memasukkan isterinya ikut penerbangan yang sama. Adikku juga telah memberitahu dan meminta izinku. Aku tidak ada masalah tapi aku tidak menyangka yang pertukaran jadual dapat dibuat, Maklimlah kebanyakan orang suka jadual keduaku ini yang turun terus ke Mekah dan hari Ahad pula bertolaknya. Tentulah memudahkan orang-orang yang ingin menghantar jemaah kerana hari cuti. Inilah antara hikmah yang aku nampak di sebalik perubahan jadual itu. Sementalah lagi akupun belum cukup bersedia terutama belum cukup membeli pakaian ihram dan kelengkapan beg. Akupun gunakan peluang beberapa hari ini untuk mendengar banyak lagi slot-slot tv yang banyak program mengenai bab haji ini. Sungguhpun begitu tekanan-tekanan pekerjaan juga menambahkan bebanku lagi. Bagiku memang majikan lebih seronok aku masih belum mula bercuti dalam masa sama aku juga bersyukur kerana aku harap dengan jadual baru ini bilangan hari cuti tanpa gajiku dapat dikurangkan berbanding dengan jadual sebelum ini.

No comments:

Post a Comment