Wednesday, October 19, 2011

Count Down - 3 more Days

Tinggal 3 hari lagi aku InsyaAllah menjadi tetamu Allah. Hanya satu harapan semuga aku dapat melakukan ibadah ini dengan mudah. Kesihatan yang sempurna yang aku harapkan ketika berada di tanah suci. Banyak juga sesi ilmu yang aku tonton dan dengar, terutamanya sesi Tanyalah Ustaz yang sepanjang semuanya persoalan yang dibincangkan. Minggu pertama adalah berkenaan Amalan dan doa di tanah suci diikuti pula dengan manasik haji.
Aku berhajat akan melakukan haji cara tamattuk. Untuk ini aku perlu memakai kain telekung dan berbaju warna putih bagi mengikut sunnah semasa menaiki kapal terbang. Semasa kapalterang melalui kawasan Qarnul Manazil atau kira-kira 90km sebelum sampai Jeddah, aku dikehendaki memasang niat Ihram.
Semasa di dalam pesawat, aku berhasrat untuk memahami dan hafal semua doa-doa yang perlu semasa melakukan aktiviti haji. Harapan supaya janganlah aku merasa hendak tidur seperti mana yang selalu aku lakukan semasa berada di dalam pesawat.
Tidak sabar lagi setelah penantian JPH pertama telah ditunda iaitu selepas 19 hari berikutnya. Hati berdebar-debar sahaja setiap hari walaupun jauh disudut hati ku kuatkan dengan mengingatkan yang apa jua yang berlaku adalah atas kehendakNya. Inipun Allah sudi menjemputku walaupun aku ni bukanlah insan yang begitu baik tingkah laku. Namun Allah menjagaku semenjak Dia mengambil bapaku di saat aku sangat perlukan kasih sayangnya. Semasa jenazahnya terbujur kaku aku dapat rasakan yang ada satu kuasa yang membisik kepadaku supaya serahkan semua urusanku padaNya yang Maha Kuasa.

No comments:

Post a Comment