Wednesday, October 19, 2011

Count Down - 3 more Days

Tinggal 3 hari lagi aku InsyaAllah menjadi tetamu Allah. Hanya satu harapan semuga aku dapat melakukan ibadah ini dengan mudah. Kesihatan yang sempurna yang aku harapkan ketika berada di tanah suci. Banyak juga sesi ilmu yang aku tonton dan dengar, terutamanya sesi Tanyalah Ustaz yang sepanjang semuanya persoalan yang dibincangkan. Minggu pertama adalah berkenaan Amalan dan doa di tanah suci diikuti pula dengan manasik haji.
Aku berhajat akan melakukan haji cara tamattuk. Untuk ini aku perlu memakai kain telekung dan berbaju warna putih bagi mengikut sunnah semasa menaiki kapal terbang. Semasa kapalterang melalui kawasan Qarnul Manazil atau kira-kira 90km sebelum sampai Jeddah, aku dikehendaki memasang niat Ihram.
Semasa di dalam pesawat, aku berhasrat untuk memahami dan hafal semua doa-doa yang perlu semasa melakukan aktiviti haji. Harapan supaya janganlah aku merasa hendak tidur seperti mana yang selalu aku lakukan semasa berada di dalam pesawat.
Tidak sabar lagi setelah penantian JPH pertama telah ditunda iaitu selepas 19 hari berikutnya. Hati berdebar-debar sahaja setiap hari walaupun jauh disudut hati ku kuatkan dengan mengingatkan yang apa jua yang berlaku adalah atas kehendakNya. Inipun Allah sudi menjemputku walaupun aku ni bukanlah insan yang begitu baik tingkah laku. Namun Allah menjagaku semenjak Dia mengambil bapaku di saat aku sangat perlukan kasih sayangnya. Semasa jenazahnya terbujur kaku aku dapat rasakan yang ada satu kuasa yang membisik kepadaku supaya serahkan semua urusanku padaNya yang Maha Kuasa.

Saturday, October 8, 2011

Mentadabbur Al Quran

Dalam masa hari-hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, dapatlah aku memeriahkan majlis pernikahan anak buah pertamaku ini. Untukku balik ke Penang berjumpa dengan adik-beradikku sekali lagi, tidaklah upaya rasanya. Pertama sebelum inipun ramai sanak saudaraku telah tahu yang aku InsyaAllah akan ke sana. Kebanyakan dari mereka aku telah bersalam semasa di Hari Raya Aidil Fitri. Kedua, kesuntukan masa dan belanja balik kampung dah menjadi terhad.
Sejak minggu hari raya Aidil Fitri, hanya Sabtu depan sahaja yang aku ada untuk berada di rumah dan berehat setelah 5 hari bekerja. Jadi aku rasa lebih baik aku berehat sedikit kerana kerja Haji bukanlah waktu untukku berehat selain dari masa tidur. Wallahu Alam!
Di waktu berbaki ini aku bertadabbur dengan mendengar dr youtube Misyari Alafasi membaca Al Quran surah Al Insan, Ibrahim , As Sajdah dan Yusuf.
Antara isi kandungan surah Insan yang dibaca dengan merdu aku tersentuh dengan Firman Allah yang bermaksud yang Allah akan mengkabulkan doa hambaNya yang berdoa. Allah tetap mengkabulkan doa orang-orang yang berdoa, hanya bentuk nyua tidaak disedari oleh manusia. Pembacaan yang menyentuh jiwa surah Insan itu juga telah membuatku menangis tidak tertahan, mana taknya Allah banyak memberitahu hambaNya mengenai keadaan di syurga, begitu indah sekali dengan bahtera yang dibuat dari perak yang belayar di sekeliling ahli-ahli syurga. Bab makan dan minum usah dicakap lagi tidak dapat ku gambarkan enaknya.

Perubahan Jadual Penerbangan Hajiku

Dalam 4 hari lagi tarikh penerbanganku, aku terima sepucuk surat dari TH. Agak keliru juga pada mulanya kerana surat itu memberitahu tarikh yang baru untuk penerbanganku. Tarikh dilewatkan ke 23 Oktobr. Ini kerana adikku ada buat rayuan untuk memasukkan isterinya ikut penerbangan yang sama. Adikku juga telah memberitahu dan meminta izinku. Aku tidak ada masalah tapi aku tidak menyangka yang pertukaran jadual dapat dibuat, Maklimlah kebanyakan orang suka jadual keduaku ini yang turun terus ke Mekah dan hari Ahad pula bertolaknya. Tentulah memudahkan orang-orang yang ingin menghantar jemaah kerana hari cuti. Inilah antara hikmah yang aku nampak di sebalik perubahan jadual itu. Sementalah lagi akupun belum cukup bersedia terutama belum cukup membeli pakaian ihram dan kelengkapan beg. Akupun gunakan peluang beberapa hari ini untuk mendengar banyak lagi slot-slot tv yang banyak program mengenai bab haji ini. Sungguhpun begitu tekanan-tekanan pekerjaan juga menambahkan bebanku lagi. Bagiku memang majikan lebih seronok aku masih belum mula bercuti dalam masa sama aku juga bersyukur kerana aku harap dengan jadual baru ini bilangan hari cuti tanpa gajiku dapat dikurangkan berbanding dengan jadual sebelum ini.