Selain dari kisah yang ditonjolkan di kaca tv, rupa-rupanya berlaku di sekitar rumahku. Baru-baru ini aku bangun awal lebih dari biasa, ia itu sebelum subuh. Aku pun buat sembahyang sunat iaitu solat hajat dan witir. Selesai sahaja aku habis solat itu, ku terdengar jiran sebelah rumahku riuh rendah beristigfar dan ku selakkan jemdela rumahku untuk mengetahui apa terjadi. Ku nampak sekujur tubuh terbaring tidak bergerak di ruang tamu rumah mereka.
Selepas itu aku teruskan solat subuh sebaik azan subuh berkumandang, di dalam hati ingin tahu apa terjadi tapi hari masih awal pagi rumah mereka pun masih gelap. Akupun terus mandi dan bersiap ke tempat kerja.
Selang beberapa hari kulihat makchik yang ku agak pada awalnya dia yang sakit masih sihat seperti biasa. Aku pun mendekatimya dan menanyakan kejadian pagi itu. Dia pun beritahu yang terbaring itu adalah cucunya. Cucunya ini sedang belajar di IPT dan sering mengalami sakit yang tidak diketahui doktor apa puncanya. Berikutan itu suamiku mula teringat yang pada malam itu dia ternampak cahaya yang sebulat bola sepak meluncur laju dari arah rumah jiranku dan melalui kipas siling rumahku.
Mungkin beikutan itu suami ku sentiasa terasa seperti ada benda yang sering memerhatinya dari ruang tamu rumahku iaitu selepas pukul 12 malam. Bagiku perkara ini perlu dibuat dinding kerana mereka ada alam mereka sendiri janganlah nak mengganggu manusia pula. Selalunya berpunca dari manusia sendiri yang suka menggunakan mereka dan mereka terpaksa menuruti apabila disuruh. Manusia yang macam ini ku nasihati banyak kerja lagi yang boleh kita buat janganlah asyik nak merosakkan orang dengan cara senang.
No comments:
Post a Comment