Kau dilahirkan melalui pembedahan disebabkan kau sudah buang air besar dan najis itu dikhuatiri meracuni mu yang masih di dalam kandunganku. Olehkerana bilik pembedahan wad bersalin telah penuh, ku dikejarkan ke bilik pembedahan pesakit tua yang terletak di bangunan lain. Nasib baik pada masa itu ada dua orang doktor lelaki sedang bertugas bersama dengan seorang doktor pakar perempuan.
Jadi, kelahiranmu sebenarnya disambut oleh 3 orang doktor yang berbangsa Melayu, Cina dan India. Yang pakar bius itu ialah seorang perempuan India. Aku dapat merasakan bagaimana salah seorang doktor itu merentapmu dari perutku selepas dia membelah perutku. Seorang bidan yang mengambil bayi dari doktor itupun menunjukkan bayi itu kepadaku. Aku masih ingat lagi kata-kata bidan itu "kalau bayi macam ini gembiranya rasa hati". Aku pun bersyukur mendengarnya walaupun diriku dalam keadaan lemah, maklumlah sudah 2 hari tidak menjamah sebarang makanan semasa di dalam labour room dan banyak kehilangan darah pula sewaktu pembedahan sehingga terpaksa 2 botol darah baru ditambah. Semasa 2 hari berada di labour room segala macam drip ( dalam bentuk pil dan air) telah dimasukkam ke dalam tubuhku, engkau tidak juga mahu keluar.
Namun aku bersyukur kerana engkau sudah remaja sekarang, kuharap dapatlah engkau menjadi seorang insan musleh dan berjasa kepada agama dan negara.
Insan yang bernama Zaim itu juga berkongsi bulan kelahiran bersama lagi 5 sepupunya dan juga maktoknya dan juga kemungkinan sepupu barunya yg masih dlm perut maksunya skrg ini...wallahualam.......#
ReplyDeletehttp://182830.blogspot.com/2011/01/birthday-wishes-in-this-month.html