Friday, January 14, 2011

Emosi

Satu perkataan yang sinonim bagi kita. Tidak begitu bermakna jika seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi tahap EQ yang rendah. Namun tidah mudah untuk mempunyai tahap EQ yang tinggi. Ini bergantung kepada sifat semulajadi kita dan pendedahan hidup kita. Oleh sebab itu kita di anjurkan untuk selalu mengingati Allah, berwirid dan mengikut lunas-lunas Islam.
Satu ketika di dalam satu gerabak komuter, suasananya agak nyaman, maklumlah di luar waktu puncak, penumpang tidak begitu ramai. Ada yang sedang membaca surat khabar, ada yang membaca majalah dan ada yang melelapkan mata. Tiba di suatu stesen, masuk seorang lelaki membawa 2 orang anak lelaki yang umur mereka di dalam lingkungan 3 ke 5 tahun. Kanak-kanak ini jenis yang hyper aktif, bila mereka masuk sahaja ke dalam komuter tersebut, mereka melompat, berlari dan sehingga satu ketika mereka menarik bahan bacaan penumpang yang ada. Malangnya sibapa tidak ambil hirau, diam seribu bahasa. Penumpang yang ada menjadi kurang selesa dan sudah naik marah. Dengan penuh sabar dan berhikmah salah seorang penumpang tersebut menepuk bahu sibapa dan memberitahu suruh menjaga kedua-dua anaknya.
Sibapa tadi pun tersedar dari dunianya, kedua-dua telapak tanganya menutup mukanya sambil menangis teresak-esak. Sibapa lalu memberitahu bahawa anak-anaknya memang begitu sehinggakan mereka tidak dibenarkan doktor melawat ibu mereka yang dimasukkan ke wad akibat barah otak. Namun sekarang dia dalam perjalanan ke hospital kerana baru sahaja terima berita buruk yang ibu mereka sudah meninggal dunia.....

No comments:

Post a Comment