Keputusan SPM pun diumumkan.Saya mendapat Pangkat 2 dan ianya mengecewakan diri ini lalu menangis semahu-mahunya di kamar dipujuk oleh Makchi Yati.Pun begitu dari segi mata pelajaran sains dan maths kualitinya memang layak untuk melanjutkan pelajaran. Secara umumnya rata-rata rakan sekolah saya ramai yang mendapat Pangkat 2, disebabkan Bahasa Malaysia tidak dapat Kepujian. Dulu lagi BM tu memang dah susah, alih-alih sekarang nak tukar Maths dan Sains dlm Bah.Inggeris lenyaplah nnti Bahasa Malaysia kita. Orang Melayu ni terkenal dengan tidak mahu susah, semua nak senang, nak jadi pengguna sahaja, yang menghasilkan tu kurang bilangannya kecuali kalau dah dibayar gaji macam jadi Pegawai Penyelidek dan seumpamanya.
Saya pun pergi ke Johor semula untuk belajar Tingkatan6 di sana. Oleh kerana emak tidak dapat menghantar, tok saya yang hantarkan saya ke sana dengan menaiki keretapi. Entah macam mana untuk Tingkatan6 sesi persekolahan belum bermula lagi, tok pun tinggalkan saya di rumah seorang makchik yang saya berkenalan di perhentian bas di Kluang.Makchik tu asalnya org Penang dan sangat baik hati benarkan saya tinggal bersama mereka selama 2 ke 3 minggu di rumahnya di Mengkibol. Suami Makchik tu bekerja dengan KTM, jadi mereka tinggal di Kuaters KTM. Yang sedihnya nak mandi kena pergi ke telaga dan melintas jalan keretapi.
No comments:
Post a Comment