Monday, November 2, 2009

Alam Permulaan Sebagai Anak Yatim

Siapa sangka tahun pertama tinggal di asrama bapa pergi buat selama-lamanya. Masih terkenang di ingatan bilamana untuk kesekian kalinya saya membonceng motosikal bapa pergi ke sebuah hotel di Bagan untuk menerima hadiah kecemerlangan dlm SRP dari koperasi tempat bapa kerja. Semasa di asrama iaitu pada awal tahun, arwah bapa pun pernah datang melawat menaiki motor. Perasaan rasa hina juga sebab arwah hanya naik motor buruk tidak berupaya sangat nak panjat bukit SMSPP. Saya pun tunggu di pintu masuk untuk dapatkan barang yang dihantar.
Semasa di bulan ramadan, saya kembali ke asrama meninggalkan ibu dan adik-adik dengan rasa sedih. Senior yang saya kenal itupun mendapat tahu yang saya baru kematian bapa, dibuatkan solat ghaib jenazah bagi pihak sekolah dan adakan kutipan derma dari pihak sekolah. Saya begitu terharu. Agak banyak juga hasil kutipan derma tersebut. Dapatlah kami gunakan untuk menyambut hari raya. Saya masih ingat jasa baiknya, malangnya saya dapat tahu yang dia tidak mendapat keputusan yang baik di dalam SPM,mungkin sebab penyakit yang dideritainya. Mudah2an dia berjaya di dalam kehidupannya,gagal di dalam SPM tak bermakna gagal selamanya. Di usia muda dia sudah dapat membantu orang lain apatah lagi bila dah dewasa macam sekarang- era 40an.

No comments:

Post a Comment