Monday, November 30, 2009

Di Ambang Alam Ke Universiti

Setelah menunggu bagai buah durian yang tak jatuh, saya pun kembali semula ke Penang. Dalam hati hanya ingat nak masuk Maktab Perguruan sahaja.Di rumah saya pun dapat menjaga adik bongsu yang comel tu untuk seketika. Tetapi adik bongsu saya lebih rapat dengan tok saya. Maklumlah semasa mak pergi kerja toklah yang menjaganya.Tidak disangka sedang memasak untuk makan tengahari saya terima surat tawaran masuk ke Matrikulasi USM iaitu di Sekolah Tuanku Syed Putra Perlis. Seronok juga dapat berjalan mula-mula Johor kemudian Perlis pula. Bertitik tolak dari pendedahan ini saya sudah mula suka merantau.Saya teringat semasa di Perlis Hari Raya Haji pun saya beraya di sana.
Pencapaian semasa di Matrik 1 pun biasa sahaja.Saya sambung Matrik 2 di kampus USM.
Bila tiba ke Tahun 1 saya tidak pasti kursus apa yang ingin diambil. Ikut rasa hati sahaja saya pun ambil kursus yang hanya 2 orang budak perempuan Melayu termasuk saya yang ambil kursus itu. Kononnya kursus yang saya ambil ini tidak sesuai untuk perempuan dan susah untuk lulus pula. Saya sampai terima talipon dari senior lelaki yang tidak memperkenalkan saya namanya.Beliau menakutkan saya yang saya kurang pasti apa tujuannya. Sebagai Senior beliau sepatut memberi perangsang..positive mindset.

Thursday, November 12, 2009

Kehidupan Sebelum Ke Universiti

Keputusan SPM pun diumumkan.Saya mendapat Pangkat 2 dan ianya mengecewakan diri ini lalu menangis semahu-mahunya di kamar dipujuk oleh Makchi Yati.Pun begitu dari segi mata pelajaran sains dan maths kualitinya memang layak untuk melanjutkan pelajaran. Secara umumnya rata-rata rakan sekolah saya ramai yang mendapat Pangkat 2, disebabkan Bahasa Malaysia tidak dapat Kepujian. Dulu lagi BM tu memang dah susah, alih-alih sekarang nak tukar Maths dan Sains dlm Bah.Inggeris lenyaplah nnti Bahasa Malaysia kita. Orang Melayu ni terkenal dengan tidak mahu susah, semua nak senang, nak jadi pengguna sahaja, yang menghasilkan tu kurang bilangannya kecuali kalau dah dibayar gaji macam jadi Pegawai Penyelidek dan seumpamanya.
Saya pun pergi ke Johor semula untuk belajar Tingkatan6 di sana. Oleh kerana emak tidak dapat menghantar, tok saya yang hantarkan saya ke sana dengan menaiki keretapi. Entah macam mana untuk Tingkatan6 sesi persekolahan belum bermula lagi, tok pun tinggalkan saya di rumah seorang makchik yang saya berkenalan di perhentian bas di Kluang.Makchik tu asalnya org Penang dan sangat baik hati benarkan saya tinggal bersama mereka selama 2 ke 3 minggu di rumahnya di Mengkibol. Suami Makchik tu bekerja dengan KTM, jadi mereka tinggal di Kuaters KTM. Yang sedihnya nak mandi kena pergi ke telaga dan melintas jalan keretapi.

Tuesday, November 10, 2009

Thursday, November 5, 2009

Tahun-tahun Permulaan Ketiadaan Bapa

Tumpuan terhadap pelajaran saya sudah terganggu dek tekanan perasaan sendiri. Saya pernah mimpikan bapa melihat saya dari satu sudut. Terkejut saya bingkas bangub, rupa-rupanya di bilik asrama. Mana taknya setiap minggu saya menjenguk emak kat rumah dengan keadaan kandungannya yang hampir cukup bulan. Emak tabah menghadap mesin jahit menjahit pakaian yang diupah orang. Sayu tidak tergambar bagaimana adik yang bakal dilahirkan nanti tidak pernah melihat wajah bapanya.
Saya terpaksa berjumpa guru besar dek keputusan ujian bulanan saya yang begitu merosot.Guru Besar menasihatkan saya supaya lebih tumpukan pada pelajaran. Saya menangis kesedihan terharu dengan simpati dari Guru Besar. Rasanya macam nak pindah sekolah saja. Saya kuatkan semangat cuba beri tumpuan pada pelajaran, tiada masa lagi cuma tinggal beberapa bulan SPM akan menjelang. Mungkin disebabkan cara pembelajaran saya yang suka bersantai ini menyebabkan saya sukar beri tumpuan bila ada masalah.
Syukur, peperiksaan percubaan SPM saya dapat tunjukkan prestasi yang agak baik, dapat melepasi gred yang dikehendaki untuk ke Tingkatan 6 Rendah sementara, di Sek. Sains Johor, Kluang.Semasa di Tingkatan 6 Rendah itu saya bukan sahaja belajar, tetapi juga diadakan temuduga untuk dipilih siapa yang dapat dihantar ke Amerika selepas SPM nanti. Emak bersyukur kerana saya tidak berjaya di dalam temuduga itu....

Monday, November 2, 2009

Alam Permulaan Sebagai Anak Yatim

Siapa sangka tahun pertama tinggal di asrama bapa pergi buat selama-lamanya. Masih terkenang di ingatan bilamana untuk kesekian kalinya saya membonceng motosikal bapa pergi ke sebuah hotel di Bagan untuk menerima hadiah kecemerlangan dlm SRP dari koperasi tempat bapa kerja. Semasa di asrama iaitu pada awal tahun, arwah bapa pun pernah datang melawat menaiki motor. Perasaan rasa hina juga sebab arwah hanya naik motor buruk tidak berupaya sangat nak panjat bukit SMSPP. Saya pun tunggu di pintu masuk untuk dapatkan barang yang dihantar.
Semasa di bulan ramadan, saya kembali ke asrama meninggalkan ibu dan adik-adik dengan rasa sedih. Senior yang saya kenal itupun mendapat tahu yang saya baru kematian bapa, dibuatkan solat ghaib jenazah bagi pihak sekolah dan adakan kutipan derma dari pihak sekolah. Saya begitu terharu. Agak banyak juga hasil kutipan derma tersebut. Dapatlah kami gunakan untuk menyambut hari raya. Saya masih ingat jasa baiknya, malangnya saya dapat tahu yang dia tidak mendapat keputusan yang baik di dalam SPM,mungkin sebab penyakit yang dideritainya. Mudah2an dia berjaya di dalam kehidupannya,gagal di dalam SPM tak bermakna gagal selamanya. Di usia muda dia sudah dapat membantu orang lain apatah lagi bila dah dewasa macam sekarang- era 40an.