Wednesday, April 21, 2010

Sambungan Hidup SeOrang Siswazah


Perjuangan untuk hidup perlu diteruskan. Demi untuk membantu ibu dalam membesarkan adik saya sangat sedih tidak berjaya memperolehi pekerjaan yang tetap walaupun sudah beberapa bulan bergelar siswazah. Saya pun membantu ibu mengusahakan taman asuhannya dan merancang untuk menjadikan lebih maju. Dalam masa yang sama saya pergi belajar menjahit pakaian dan dapatlah menjahit pakaian anak kecil dan menjualnya kepada saudara terdekat. Ada ketika saya menjadi guru sandaran di dua buah sekolah mengganti guru yang cuti bersalin. Sekurang-kurangnya merasa juga makan gaji. Memang saya tidak menafikan saya inginkan pekerjaan makan gaji sbb yang utama utk membantu ibu dan dengan makan gaji dah nampak apa yang boleh di beli.

Selok belok perniagaan perlu ada pengalaman. Latar belakang keluarga tidak cukup untuk mendedahkan saya pada bidang perniagaan. Sayapun ditawarkan untuk bekerja sebagai Management Trainee di sebuah kilang membuat barang dari getah. Walaupun hanya diberi elaun saya rasa lebih baik dari tiada pengalaman kerja.Setelah kira 3 bulan di situ saya diterima bekerja sebagai Pegawai Penyelidik Secara Kontrak di bawah Pusat Penyelidekan Atom, MINT.

Tuesday, April 20, 2010

Hidup SeOrang Siswazah


Pada tahun saya tamat belajar di USM, keadaan ekonomi negara gawat. Saya tidak mendapat apa-apa tawaran pekerjaan. Saya pun menceburi apa juga peluang yang datang kepada saya termasuklah projek siswazah tani. Walaupun saya minat bidang pertanian, keadaan perjalanan projek agak kurang memberangsangkan, jadi saya pun mengintai peluang pekerjaan di kilang membuat pakaian berhampiran rumah. Di kilang tersebut saya menceburi bidang jahitan dan dapat menggunakan mesin jahit eletrik dengan cekap. Gaji yang diperolehi tidaklah setimpal dan lambat pula namun atas minat dan peluang menggunakan mesin jahit eletrik saya bersyukur sekurang-kurangnya saya dapat ilmu baru. Nun di sudut hati masih bersabar dan berharap pekerjaan yang sesuai akan dikecapi juga.

Ini petikan dari Surah As Sajadah ayat 17 yang bermaksud -Seseorang itu tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu macam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Wallahualam.

Tahun Akhir di USM


Masa di tahun akhir pada mulanya saya tidak berjaya mendapat asrama, mungkin sebab dah tidak aktif dan kebanyakan masa sibuk dengan latihan praktikal. Saya pun berulang-aliklah ke kuliah dari rumah di Seberang Jaya. Untung pada masa itu ada staf USM yang menghantar anak ke Taman Asuhan emak. Staf berkenaan pun menjemput saya tumpang kereta mereka.

Saya agak kekok juga sebab pemandunya seorang jejaka tampan yang bekerja sebagai Penolong Pendaftar di situ. Oleh kerana keadaan memaksa saya pun menumpang mereka buat beberapa minggu. Selepas itu seorang kawan beritahu yang dia dapat 2 bilik dan diapun beri saya satu dari biliknya. Syukur tidaklah perlu saya berulang alik lagi. Jadi dapatlah juga saya mengikuti usrah di dalam kampus pada masa itu.

Tahun akhir ini juga saya perlu siapkan desertasi(macam tesis) dan perlu dibentangkan di hadapan Pensyarah. Walaupun Pensyarah itu berbangsa Cina yang sememangnya sangat tegas dalam pemberian markah saya berjaya memperolehi pangkat B. Ini mungkin juga disebabkan sikap berani saya semasa membentangkan kertas projek tersebut. Saya rasa projek yang saya lakukan itu tidaklah begitu bernilai ataupun popular. Sekurang-kurang saya bersyukur dengan markah projek yang baik saya berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian walaupun pada dasarnya saya tidak berminat untuk belajar sampai ke peringkat Ijazah. Bagi saya Diploma pun sudah cukup. Yang penting saya boleh dapat kerja cepat dan cepat bantu emak dan adik-adik.

Thursday, April 1, 2010

Keletihan tergambar di Hotel oleh Zaim







Maklumlah buku sekolah dibawa konon nak belajar dan buat kerja sekolah. Mungkin di Kundasang tidak selesa rumah kayu, waktu malam pula cuaca mencecah 20C. Suasana untuk belajar tidak sesuai. Di Novotel dia pun pulun habiskan kerja skolah, bawa buku jauh2 tak kan tak belajar pula.

Antara Foto Menjadi Kenangan di Sabah- Kundasang dan Likas










Friday, March 26, 2010

Pengalaman Melancung Ke Sabah- 13/3 hingga 17/3
















Sesampainya kami di lapangan terbang Tanjung Aru, kamipun dibawa oleh Ewin dengan van menuju ke Kundasang yg jaraknya 97km. Perjalanannya kira2 2jam. Itupun Ewin memandu dengan laju sebab takut hari gelap. Kami sampai ke Pine Resort jam 6.30ptg. Memangpun keadaannya macam pukul 7.30mlm. Hari pertama kami dibawa ke kaki Gunung Kinabalu, Taman Bunga ros, Tugu Ranau March dan Desa Farm. Hari kedua pula kami pergi ke Ranau Hot Spring. Tempat ini menjadi tumpuan pelancung untuk bereakrasi. Keadaan kemarau menjadikan air terjunnya tidak banyak. Hari ketiga kami pun berangkat ke Likas dan menginap di hotel yang bertaraf 4 bintang- Novotel. Misi kami tidak lain hanyalah untuk tenangkan fikiran dan pulihkan kembali badan yang sakit kena stres dengan beban kerja. Orang dah 40an kena pandai rehat sikit tak perlulah stres tak menentu.

Saturday, March 6, 2010

Latihan Praktikal Peringkat Kedua Di RRIM Sg Buluh


Cuti semesta bermula untuk Tahun Ketiga saya di USM. Itu tidak bermakna kami pelajar Teknologi Polimer boleh berehat di rumah kerana kami dikehendaki pula untuk menjalani latihan amali di Pusat Penyelidikan Getah(RRIM) di Sg Buluh.Kami seramai tujuh lelaki dan lima perempuan diberi tempat tinggal yang digunakan oleh pusat itu untuk pelatih yang menjalani latihan di situ. Maklumlah ketika itu kawasan tu masih macam tempat jin bertendang, jauh dari bandar. Terasa betul macam tinggal di ladang getah kerana kami terpaksa berjalan merentasi kawasan rumah pekerja ladang getah RRIM yang agak banyak. Kadang-kadang rasa aman pun ada, jauh dari hiruk pikuk deruan kenderaan. Teringat kembali masa tu saya terpaksa menumpang kat rumah mak angkat di Kluang tu, suasananya memang sama. Yang bezanya kali ini saya di samping rakan yang mengambil kursus yang sama.
Pada masa tu juga bertembung dengsn bulsn Ramadan,yang saya ingat kami terpaksa kejut- mengejut sesama rakan kerana tiada penjaga atau orang lain yang akan ambil tahu hal kami.Penyelia yang bertanggung-jawab untuk pastikan kami melengkapi latihan itu ialah Pegawai-pegawai Penyelidek yang bekerja di RRIM. Mereka pun sibuk dengan hal dan keluarga masing-masing. Lagipun mereka berkenderaan tentulah mereka tinggal di kawasan seperti Subang Jaya yang selayak dengan mereka.Kami hanya buat projek yang diarahkan mereka.