
Masa di tahun akhir pada mulanya saya tidak berjaya mendapat asrama, mungkin sebab dah tidak aktif dan kebanyakan masa sibuk dengan latihan praktikal. Saya pun berulang-aliklah ke kuliah dari rumah di Seberang Jaya. Untung pada masa itu ada staf USM yang menghantar anak ke Taman Asuhan emak. Staf berkenaan pun menjemput saya tumpang kereta mereka.
Saya agak kekok juga sebab pemandunya seorang jejaka tampan yang bekerja sebagai Penolong Pendaftar di situ. Oleh kerana keadaan memaksa saya pun menumpang mereka buat beberapa minggu. Selepas itu seorang kawan beritahu yang dia dapat 2 bilik dan diapun beri saya satu dari biliknya. Syukur tidaklah perlu saya berulang alik lagi. Jadi dapatlah juga saya mengikuti usrah di dalam kampus pada masa itu.
Tahun akhir ini juga saya perlu siapkan desertasi(macam tesis) dan perlu dibentangkan di hadapan Pensyarah. Walaupun Pensyarah itu berbangsa Cina yang sememangnya sangat tegas dalam pemberian markah saya berjaya memperolehi pangkat B. Ini mungkin juga disebabkan sikap berani saya semasa membentangkan kertas projek tersebut. Saya rasa projek yang saya lakukan itu tidaklah begitu bernilai ataupun popular. Sekurang-kurang saya bersyukur dengan markah projek yang baik saya berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian walaupun pada dasarnya saya tidak berminat untuk belajar sampai ke peringkat Ijazah. Bagi saya Diploma pun sudah cukup. Yang penting saya boleh dapat kerja cepat dan cepat bantu emak dan adik-adik.
No comments:
Post a Comment