Hampir 6 bulan aku tidak mencoret . Akhirnya dgn izin Allah aku berpeluang juga. Rupa-rupanya kehidupan orang berhenti dari bekerja makan gaji lagi tidak mudah untuk selitkan masa menulis. Ruang masa yang terhad dan keadaan badan yang mudah letih juga menghadkan aku.
Pada awal bulan Mac baru ni aku bersama suami ke Johor. Atas permintaan adik yg terikat dgn kerja kami pun ke hospital Sultan Ismail(HSI) di JB melawati cucunya yg di jngkiti kuman di otak. Disamping itu juga kami memberi semangat kepada anak buah kami itu untuk tabah hadapi ujian Allah itu. Alhamdulillah anaknya pulih setelah sebulan berada di wad neuro padetrik HSI.
Lanjutan dari itu anak tunggalku pula terasa ingin merelekskan minda nya yg terbeban dgn kerjaya mengajak kami pergi sekali ke JB menziarahi cucu sedara yang dah pulih itu. Dalam masa yang sama kami melawat ke kota Singa.
Tanpa perancangan terperinci kami, kami terus ke JB sentral dan meletak kereta kami di situ. Kmi menuju ke CIQ . Malangnya tiket keretapi sudah habis terjual lalu kami menaiki bas shatel SBS, bas ini bernombor 170X. Perlu melalui kastam dan terpaksa banyak berjalan kaki. Tambang sehala 1.60sgd, laluan nya ialh Woodsland-> Kranji. Dari Kranji kami menaiki MRT ke Marina Bay iaitua setelah melalui sebanyak 18 stesen, tambangnya dalam 2.50sgd.
Memangnya tidak banyak pemandangan menarik yang dapat dilihat kerana laluan MRT ini seperti juga di Malaysia , landasannya berada di paras tinggi dari laluan jalan raya. Bagaimanapun kelemahan di stesen MRT di sini tidak mudah untuk mencari tandas. Jadi kalau tidak tahan hendak buang air tidak digalakkan guna MRT untuk jarak yang panjang.
Oleh kami hanya nak melawat secara sight seeing kami tidak bawa bekalan makanan, nasib baik ada bawa air mineral yang dibeli di JB. Kami hanya makan roti bun yang ada di jual port berhampiran Marina Bay. Di situ pemandangan dipenuhi dengan kapal-kapal berlabuh dan penuh dengan orang Indon , Bangla dan pendatang lain yang ingin bersantai di tepi pantai kebetulan hari itu ialah hari Ahad.
Kami sampai balik ke JB dalam jam 5.45petang dan kami bertolak ke kota Singa dlm jam 12tghri.
No comments:
Post a Comment