Saturday, September 2, 2017

Hari Raya Aidil Adha...Hari Tasyrik Pertama

Hari Raya Haji tahun ini ku kira merupakan hari pertama anakku meraikan bersama kami sekeluarga.
Selama 5 tahun dia mengikuti Ijazah Berkembar Jepun, dia tidak berkesempatan meluangkan masa.
Aku sangat bersyukur, memandang sehari sebelum hari raya, iaitu pada Hari Kebangsaan, badanku sudah berasa tidak selesa. Sebaik aku balik dari menunaikan solat aidil adha, demam selsemaku menjadi semakin teruk sehinggakan aku terpaksa berselimut kesejukan. Setelah mengambil 2 biji panadol dan aku merebahkan diri dan terlelap, demam semakin kurang pada sebelah malam.
Mujurlah acara rewang di surau berdekatan rumahku (surau annur) pada hari raya pertama, anakku menghadirkan dirinya untuk tolong melapah lembu.
Masjid di tempatku melakukan korban di hari raya kedua( Hari Tasyrik Pertama), jadi bersama-sama rakan yang lain,
dapatlah aku membantu memotong daging untuk dibahagi kepada fakir miskin. Di masjid Jamiatus Solehiah ini menguruskan korban sebanyak 12 ekor lembu. Pengurusan yang baik membolehkan kerja korban yang bermula dari jam 7.30 pagi dapat selesai sebelum jam 11 pagi.
Suasana di padang yang mana dilakukan korban:

No comments:

Post a Comment