Saturday, April 9, 2016

Penjagaan Berat Badan Bagi Wanita Menopos

Tip-tip Untuk Penjagaan Berat Badan:

Disyorkan terutama bagi wanita yang mempunyai ukurlilit pinggang melebihi 35 inci.

1, Memastikan keseimbangan horman di dalam badan kita dengan terapi bioidentical hormon dan mengambil supplemen yang dapa  mengurangkan rintangan insulin iaitu seperti magnesium, kromium atau asid lipolik. Keadaan ini juga dapat mengurangkan berat badan kita.

2. Makan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Sebagai contoh, kacang soya, kacang peas, epal, karot, pisang dan banyak lagi bijirin yang bersirat seperti di bawah:


3. Kurangkan makan. Makan hanya pada 3 waktu utama iaitu pagi, tengahari dan malam. Elakkan dari banyak memakan makanan yang banyak gula dan bergoreng seperi kuih-muih. Kita perlu kurangkan 200 kalori setiap hari tenaga dari makanan berbanding sebelum menopos. Ini bergantung kepada individu berkenaan iaitu apa jenis makanan yang hendak dikurangkan. Mungkin kita cuma makan hanya pada waktu pagi, tengahari dan malam. kurangkan kuantiti nasi yang kita makan kepada separuh. Begitu juga gula dan garam.

4. Perlu lebih banyak bersenam. Mungkin ditambahkan lagi dengan aktiviti lasak seperti, erobik, berenang, berbasikal, yoga atau berkebun. Lakukan aktiviti seperti mencuci kereta, berjalan lebih banyak dengan meninggalkan kenderaan jauh dari tempat yang hendak dituju atau lebih menggunakan anak tangga untuk ke tingkat yang lebih tinggi daripada menaiki lif/eskaleter.

5. Jadikan diri kita suka memakan buah-buahan, sayu-sayuran, bijirin dan daging kurang lemak. Dan kerapkan diri kita berada di luar rumah supaya mudah untuk mendapat vitamin D dari sinaran cahaya matahari pagi.

6. Mungkin kita boleh melibatkan diri dengan aktiviti mendaki bukit/gunung atau menari sambil besenam beramai-ramai.

7. Melibatkan diri dengan rakan sebaya. Berkumpul di majlis agama atau ceramah. Disamping mendengar ustaz/ustazah memberi ceramah, kita boleh bertukar-tukar fikiran selepas ceramah selesai.
Masalah yang dirasai oleh kita juga dapat kita kongsikan bersama atau luahkan sedikit apa yang terbuku. Kalaupun kawan kita tidak dapat menyelesaikannya sekurang-kurangnya tekanan( hormon cortisol) dapat dikurangkan. Lagi bagus kalau kita dapat menjadi ahli kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan dan menjalankan aktiviti seperti memberi bantuan beras kepada penduduk yang memerlukan yang berada jauh di pendalaman.
 Aktiviti ini semua dapat menjadikan kita aktif, gembira, sihat sentiasa malah dapat menambahkan pahala kita di akhirat nanti, Insya Allah!.

Wednesday, April 6, 2016

Masalah Dalam Mengawal Berat Badan Bagi Wanita Menopos

Sumber: The Star
Oleh Datuk Dr Nur Ashikin,

Memahami kaitan peningkatan berat badan dengan menopos dan bagaimana kita boleh tetap sihat dan cergas pada waktu-waktu begini.
Memang tidak menjadi masalah, apabila sudah mencapai pertengahan umur, berat badan pun naik. Tambahan pula pada usia sebegini apa yang dulu menjadi idaman sudah berada di tangan. Anak-anak tidak lagi perlu perhatian secara fizikal. Walaubagaimanapun dengan meningkatnya berat badan akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetik jenis 2, sindrom metabolik, penyakit kanser bagi  golongan wanita seperti kanser buah dada, kolorektal dan lain-lain lagi,
Faktor utama meningkatnya berat badan adalah penurunan mendadak hormon oestrogen selepas menopos.Biasanya badan seseorang wanita menopos berubah ke bentuk buah epal dari bentuk buah pear, Disebabkan kurangnya hormon ini, badan tidak mencernakan kanji dan gula dalam darah dengan berkesan. Kalori yang berlebihan akhirnya terpaksa berkumpul di bahagian perut, pinggang dan paha.
Penurunan tenaga ini juga menyebabkan kita kurang mampu untuk menjalankan aktiviti fizikal justru jisim otot pun berkurang. Dengan tidak mengambil kira faktur genetik dan setiap wanita adalah berbeza, peranan hormon dan  sel lemak adalah sebahagian dari rangkaian kompleks serta lengkap yang bertanggung-jawab  ke atas metabolisma, selera, penghadaman, kitaran haba dan penyahtoksidan. Jika terputus rangkaian kompleks ini, maka terjadilah simpton-simpton seperti 'hot flashes, selera makan yang tinggi dan sudah tentu peningkatan berat badan.
Badan kita mengandungi 3 hormon utama, iaitu insulin, adrenalin dan cortisol. Insulin mengawal paras gula sementara adrenalin dan cortisol mengurus tindakan tekanan dalam badan kita. Ini menggambarkan tekanan dan makanan secara lansung mempengaruhi hormon-hormon kita.
Jadi, bila kita banyak makan makanan seperti tepung, gula dan makanan yang diproses, paras insulin akan meningkat dan adrenalin serta cortisol juga akan meningkat untuk bertindak terhadap tekanan yang tinggi dan kronik itu.
Contohnya bila kita banyak makan makanan-makanan seperti roti canai, teh tarik dan kopi yang bergula, paras gula akan tinggi dan kita akan menyebabkan rintangan insulin atau sensitiviti insulin terhadap badan kita menjadi kurang, justru setiap kalori yang terhasil akan ditukar menjadi lemak.
Ini juga menunjukkan walaupun berat badan kita bertambah, sel-sel badan kita sebenarnya masih perlukan nutrien yang sihat dan akibat dari itu, kita aan merasa letih dan sentiasa lapar pada kebanyakan masa.
Tidak dinafikan juga cara hidup kita sehari-hari juga menjadi sebab faktur kegemukan.
Salah satunya, banyak makan di luar. Makanan yang dijual biasanya dimasukkan bahan perasa supaya lebih sedap dan banyak bahan pengawet.



Saturday, April 2, 2016

Hari Ulang Tahun Satu Peringatan

Tiga hari lepas genaplah usiaku mencecah 53 tahun. Mid -life age. Atau dalam bahasa malaysia, pertengahan umur. Kalau diikutkan, aku perlu 7 tahun untuk mendapatkan rawatan percuma di hospital kerajaan. Ini kerana, hanya pesakit yang berumur 60 thaun ke atas sahaja yang layak untuk mendapat rawatan percuma. Walaubagaimanapun aku bersyukur pada umur sebegini, aku dikurniakan Allah swt kesihatan yang baik. Sebagai kenang-kenangan berikut di lampirkan kata-kata ucapan dari sahabat-sahabat wasapku.





Satu kata peransang dari coretan kartun berikut: