Sepatutnya tarikh TCA 8 ini ialah pada 26 Ogos, kerana aku kena denggi masa tu aku minta ditunda ke 5 Oktober. Hanya tarikh itu yang ada memandangkan pada bulan September, jadual penuh dan awal September aku berada di Jordan.
Seperti ditetapkan pada jam 9 pagi, aku dihantar suami ke hospital. Memandangkan kali ini aku tidak perlu X-ray, aku rasa lebih relaks. Aku tunggu tidak lama, kira-kira dalam pukul 10.30 pagi, nomborku naik dan aku segera menuju ke bilik yang ditetapkan. Kali ini aku rasa, seorang doktor pakar yang merawat ku, tapi aku tidak nampak dia sebelum ini. Mungkin baru sahaja menjadi pakar melihatkan gaya yang nampak muda lagi.
Bagiku dia peramah juga orangnya, kebetulan pula komputer ada masalah. Dia terpaksa mendapatkan semua maklumat dariku. Aku pun sudah rasa malas nak cerita berkenaan keadaan kakiku dahulu. Dia dapat juga memberi jalan untuk menyelesaikan masalahku walaupun nampak macam muda. Setelah beberapa minit berlalu baru dia beritahu yang Mr Azam yang minta dia dapatkan perkembangan keadaan kakiku. Diberitahunya yang Mr Azam sekarang bertugas di Hospital Ipoh dengan kepakaran sebagai seorang doktor pakar orthopedik bahagian Foot and ankle.
Aku pun kurang pasti samada selama ini MO dulu buat cerita kononya beliau ke Jerman selama 3 tahun. Bagaimanapun aku tidak kisah dan tidak bergantung kepada makhluk Allah untuk menolong memulihkan kakiku sekiranya ia bertambah teruk. Lagipun sekarang aku sudah tidak punya pekerjaan, hanya surirumah. Saranan untuk aku menjalani sesi Occupational Therapy adalah amat aku alu-alukan untuk menghilangkan tompokan keras yang menyakitkan pada kedua-dua tapak kakiku bila aku berjalan tidak memakai kasut.
Walaubagaimanapun untuk TCA 9 nanti, aku dikehendaki buat X-ray sebelum berjumpa doktor iaitu pada 4 Januari 2016, hanya sela masa 3 bulan, tidak seperti sebelum ini 6 bulan dan 8 bulan. Aku pun tidak pasti kenapa.
Sunday, October 25, 2015
Monday, October 5, 2015
Sambungan Bahagian Dalam Ashabul Kahfi
Tersandar aku di salah sebuah makam. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka.
.
.
Suamiku memandang ke bahagian atas gua, buatan yang masih utuh, walaupun sudah beribu-ribu tahun. Lubang dimana satu-satunya cahaya yang memasuki gua, terlindung oleh kepala Aiman, seorang pelajar perubatan di universiti Jordan.

Setelah mendengar penerangan dari sahabat yang membantu membawa kami ke sini, kami berehat dan berbual-bual sebelum beredar keluar dari gua itu.
Di dalam gua itu sangat dingin dan nyaman, walau di waktu itu sekitar jam 12 tengahari. Tambahan pula keadaan di luar yang terang dengan sinaran matahari. Tidak terdapat sebarang sumber mata air di gua itu dan haruman yang digunadi dalam gua itu juga sangat menenangkan fikiran. Sebaik kami keluar dari gua tersebut, datang beberapa orang pengunjung dari Pakistan pula. Itulah rahmat namanya bila tetamu datang bersilih ganti.Ku doakan mudah-mudahan bumi Anbiya' ini dikurniakan Allah swt rezeki melimpah ruah dan Jordan dapatlah membantu lebih ramai rakyat jirannya Palestin. Amin!
Foto di bawah, sahabat kami, Issa, seorang keturunan Palestin, yang banyak memberi penerangan mengenai sejarah negara Jordan. Jazakallahi khairan kathira!
Friday, October 2, 2015
Bahagian Dalam Ashabul Kahfi
Kami bergambar sebelum masuk ke dalam gua.
Di kawasan itu juga disediakan air minuman untuk pengunjung yang haus siap dengan cawan. Betapa Penguasa yang menjaga kawasan ini amat mengambil berat hal kebajikan para pengunjung.
Di kawasan itu juga disediakan air minuman untuk pengunjung yang haus siap dengan cawan. Betapa Penguasa yang menjaga kawasan ini amat mengambil berat hal kebajikan para pengunjung.
Kami memberi salam setiba sampai di pintu gua, rupanya ada seorang penjaga. Beliau sedang membaca Quran dan disampingnya terdapat sedikit barangan seperti CD untuk pengunjung disamping pengunjung memberi sedikit sumbangan.
Artifak-artifak yang disimpan di dalam gua ini
.
Lubang yang ditutup dengan kaca tebal di mana disimpan tulang-tulang yang dapat diselamatkan dari dicuri pihak-pihak yang berkepentingan.
Thursday, October 1, 2015
Destinasi Pertama Ar Raqim, Ashabul Kahfi
Setelah menikmati hidangan makan tengahari, aku mula terasa begitu letih lalu terus naik ke bilik penginapan untuk membersihkan diri. Suamiku pula, oleh kerana sudah menerima satu jab nebuliser di klinik lapangan terbang tadi sudah menjadi segar. Lantas mengikut adiknya untuk mengambil van yang telah ditempah sebelum ini. Dia juga dibawa untuk melihat tempat kerja adiknya.
Aku tersedar dari tidurku dan dengan rasa jet lack, aku mundar-mandi di dalam bilik, rupa-rupanya selepas mandi tadi aku terus terlelap. Jam di sana pada masa itu sudah hampir 6 petang. Kebetulan pada masa itu sisuami masuk ke bilik memberitahuku yang sepatutnya hari ini kita melawat Muzium Jordan. Disebabkan kesuntukan masa, jadual melawat ditunda.
Keesokan hari, jam menunjukkan pukul 10.00pagi, van yang kami tempah sudah sedia menunggu.
Aku tersedar dari tidurku dan dengan rasa jet lack, aku mundar-mandi di dalam bilik, rupa-rupanya selepas mandi tadi aku terus terlelap. Jam di sana pada masa itu sudah hampir 6 petang. Kebetulan pada masa itu sisuami masuk ke bilik memberitahuku yang sepatutnya hari ini kita melawat Muzium Jordan. Disebabkan kesuntukan masa, jadual melawat ditunda.
Keesokan hari, jam menunjukkan pukul 10.00pagi, van yang kami tempah sudah sedia menunggu.
Destinasi kami ialah Ashabul Kahfi, ia itu di Ar Raqim, tidak jauh dari daerah Abdoun. Perjalanan yang tidak sampai setengah jam membuatkan aku faham kenapa kami keluar agak lewat pada hari itu iaitu menghampiri jam 11.00pagi.
Aku sempat mengambil foto, iaitu sekitar kwasan di mana letaknya Ashabul Kahfi. Langit masih kelihatan biru tidak seperti dua hari selepas itu, angin debu sudah menyelubungi seluruh Amman dan hari berikutnya turun ke Mekah sebagai ribut debu.
Pemandangan masjid baru di kawasan Ashabul Kahfi
Pokok zaitun yang berusia lebih dari 2000tahun di kawasan Ashabul Kahfi ini.
Tapak masjid lama yang semakin lenyap ditelan masa
Pemandangan bahagian dalam gua akan dipaparkan di blog berikut, Selamat Malam!
Subscribe to:
Posts (Atom)