Friday, July 31, 2015

Wasiat Ramadhan

Sudah 2 minggu Ramadhan berlalu meninggalkan kita umat Islam. Terasa sayu hati bagai hilang satu permata gemerlapan di panadangan mata. Keberkatan bulan Ramadhan tidak ku nafikan, ketenangan dan kesronokan beramal amatlah terasa. Tidak ku tahu samada ku dapat temui Ramadha tahun hadapan hanya Allah yang menentukan.
Di radio Ikim, di dalam rancangan Usrah Nurani ada menyimpulkan bahawa berlalunya Ramadhan dengan meninggalkan wasiat yang dapat dibahagikan kepada 3 perkara iaiatu:

1. Apabila seseorang itu terdetik di hati ingin melakukan suatu kebaikan, maka hendaklah ia segera melakukan kerana sudah pasti itu adalah sesuatu yang mendatangkan pahala baginya.

2. Hendaklah seseorang itu sentiasa berdamping dengan orang-orang yang soleh, kerana orang-orang inilah InsyaAllah akan membimbing dan menunjuk ke arah jalan yang benar.

3. Sentiasa tekadkan azam, kemudian lakukanlah dengan cara yang terbaik, Itqan.

Dalam masa 2 minggu ini juga kita dikejutkan  dengan perubahan besar dalam menteri kabinet Malaysia. Apakah ini dalam usaha untuk melakukan sesuatu dengan terbaik?
Aku sedih sebuah negara yang mengaku negara Islam, dirombak kabinet dengan alasan yang agak remeh. Caranya menjurus ke arah diktator, guna kuasa autonomi tapi nun bertitik tolak dari hati seorang yang pengecut!
Sebuah negara Islam yang mempamirkan seorang pemimpin yang rakus amatlah memalukan rakyat.
Sedarlah sikit, berapa banyak duit pun tidak cukup dan tidak akan puas. Hidup di dunia tidak lama.
Bumi pun dah tidak sanggup hendak memikul berat dosa manusia, ada saja gempa bumi di sana sini.
Hiduplah kita seadanya. Maaf zahir batin !

Tuesday, July 14, 2015

Kuih-Muih Yang dibuat Menjelang Aidil Fitri 2015

Biskut Intan Terpilih
Resepi Diberi Kak Rohani

1 cawan tepung gandum
2 per 3 cawan tepung jagung
2 sudu tepung kastad
1 cawan majerin planta
1 cawan gula yang telah dikisar/gula halus
1 per 2 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur kuning sahaja
1 paket beberas berwarna

Cara membuatnya:
1.Majerin, gula, telur bersama esen vanila dipukul sehingga sebati menggunakan alat pemutar.
2.Pindahkan ke dalam bekas untuk digaul dengan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad.
3.Setelah cukup sempurna dalam bentuk doh, gunakan penggelek untuk menggelek doh menjadi leper.
4. Tekap menggunakan acuan berbetuk love, sapukan sedikit telur yang telah dipukul sebelum menabur beberas berwarna-warni seperti di gambar di atas.


Biskut Kelapa
Resepi sama sepeti biskut Intan Terpilih cuma ada ditambahkan kelapa parut,
digantikan beberas berwarni-warni dengan ceri merah.



Biskut Cokelat Rice
Resepi sama juga seperti biskut kelapa di atas kecuali tidak ditambah kelapa parut tetapi dicampurkan 2 sudu serbuk koko dan ditabur cokelat rice. Biskut di atas ada yang diletak beberas berwarna-warni memandangkan cokelat rice sudah habis. Untuk peringatan, sepatutnya biskut ini menggunakan gula merah untuk menampakkan warna asal cokelat, tetapi disebabkan tiada gula merah, digunakan juga gula pasir, sebab itulah biskut itu nampak sedikit kelabu. Walaubagaimanapun rasanya tiada beza, dan memang sedap.
SELAMAT MENCUBA! MAAF ZAHIR BATIN!