Selain 3 ekor ayam di atas, ada seekor lagi ayam jantan. Packing order, itulah istilah yang diberitahu suami. Maklumlah seekor lagi itu juga adalah ayam jantan dan merupakan anak kepada ayam jantan di atas. Laluan haruslah diberi kepada bapanya untuk memiliki kedua-dua ayam betina itu. Kawasan keliling rumah yang terhad menyebabkan aku hanya membela 4 ekor ayam sahaja. Disamping dapat merasa telur ayam belaan ini, mereka juga adalah sebagai penghibur hatiku. Mereka sangat manja tetapi pemalu. Lihat pada foto di atas sudah tahu sifat mereka. Ayam-ayamku adalah hibrid kacukan bukan sepenuh ayam kampung.
Pagi semalam, ada kucing entah kenapa berminat dan melahirkan 4 ekor anak kucing di dalam tempat ayam-ayamku bertelur. Foto di bawah.
Bukan main riuh rendah ayam-ayamku berketuk dan si Jantan berkokok. Apabila aku keluar meninjau, Brown datang memberitahuku seolah-olahnya dan menuju ke kotak tempat mereka bertelur terus berdiri bersama-sama white dan berketuk lagi.
Huh! Keluhku kerja sakanlah untukku pagi ini, menyediakan semula kotak yang baru. Aku juga perlu memberihkan tempat tenggek mereka yang sudah penuh dengan tahi ayam. Tidak mengapa demi untuk ayam-ayam kesayanganku aku akan terus menjaga mereka.
No comments:
Post a Comment