Thursday, May 28, 2015

Berakhirnya Era Pekerjaan Seorang yang setia bekerja dengan MAS.


Tidak  lagi wujud pesawat seperti di atas. Akan hilang lambang di atas, hanya berada di lipatan sejarah.
Aduh! MAS secara teknikal adalah dikatakan bankrupsi.
Walaupun hatiku sedih menerima kenyataan di atas, sedih lagi hati suami yang selama ini berbakti dengan syarikat tersebut selama 36 tahun. Walaupun beliau tidaklah berpangkat tinggi, namun komitmennya kulihat tiada tandingan. Mungkin kerana beliau mewarisi sikap arwah ayahnya seorang perajurit pada satu masa dulu. Beliau sedia mengorbankan masa hujung minggunya semata-mata untuk memenuhi permintaan majikannya untuk mengemaskini perisian data yang harus dilakukan di luar waktu pejabat.
Minat yang mendalam terhadap kejuruteraan penerbangan dapat kurasai sepanjang hidup bersamanya. Kadang-kadang aku merasakan aku adalah isteri kedua dan isteri pertamanya adalah kariernya. Namun ku tahu saat getir ini bukan kami sahaja yang merasai, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kakitangan MAS yang lain terutama yang di peringkat bawah ini seakan-akan seperti seperti malukut di tepi gantang. Ada di antara rakan-rakan suamiku menalipon suamiku meminta maaf atas segala kesalahan dan terlanjur kata kerana sudah tidak perlu lagi ke tempat kerja keesokan hari. Ini kerana rakan suamiku sudah menerima panggilan talipon pada pukul 10.45 malam tadi dari bos atasan yang mengatakan dia sudah diberi Garden Leave.
Satu istilah yang pertama kali ku dengar. Keesokannya seperti biasalah dia menuju ke tempat kerja, sesampai ke tempat kerja, dia dapati kad metrik tidak boleh diketuk. Dia pun merasa hairan, sejurus selepa itu, bos dia pun memberitahu yang dia juga dapat Garden Leave. Dari apa yang diberitahu bos sesiapa yang diberi Garden Leave bermakna dia tidak perlu datang kerja. Ini bermakna mereka diberi cuti sehingga 31 hb Ogos 2015 iaitu hari terakhir bagi MAS wujud. Yang menjadi kelam kabutnya ialah kerana surat dari pos laju diterima kemudian. Itu merupakan kesilapan teknik yang tidak seharusnya berlaku.

Disenaraikan babak-babak sebelum kewujudan MAS di entere penerbangan.

Oct 12, 1937  Syarikat penerbangan Malaysia yang pertama iaitu Malayan Airway (MAL)dilahirkan.

April 2, 1947 MAL memulakan penerbangan komersial pertama sebagai syarikat penerbangan                                   kebangsaan.

1963              Dengan terbentuk Negara Malaysia, syarikat penerbangan ini ditukar nama kepada                               Penerbangan Malaysia Berhad.

1965              MAL menjadi sebuah penerbangan bi-nasional dan ditukar nama kepada Penerbangan
                      Malaysia-Singapura(MSA) semasa berpisahnya Singapura dari Malaysia.

1972              Hala tuju di antara Malaysia dan Singapura yang berbeza, Malaysia menukar nama ke                         Malaysian Airline Limited dan kemudian dinamakan Sistem Penerbangan Malaysia dan
                      dengan lambang Malaysia Airline.

Sept 2011     Ahmad Jauhari Yahya dilantik sebagai CEO yg baru selepas rombakan besar Lembaga
                     Pengarah Syarikat.

Feb 1, 2013  Malaysia Airlines menjadi ahli kepada Persekutuan Oneworld,yang menyambungkan
                     penerbangan ke 850 destinasi di 150 negara merentasi rangkaian persekutuan Oneworld.

Dec 2013     Tiga tahun berturut-turut kerugian ditanggung MAS yang berakhir 31 Dec 2013 bernilai
                    berjumlah 4.1 bilion.

Sunday, May 10, 2015

Kalian Adalah Kesayanganku

Selain 3 ekor ayam di atas, ada seekor lagi ayam jantan. Packing order, itulah istilah yang diberitahu suami. Maklumlah seekor lagi itu juga adalah ayam jantan dan merupakan anak kepada ayam jantan di atas. Laluan haruslah diberi kepada bapanya untuk memiliki kedua-dua ayam betina itu. Kawasan keliling rumah yang terhad menyebabkan aku hanya membela 4 ekor ayam sahaja. Disamping dapat merasa telur ayam belaan ini, mereka juga adalah sebagai penghibur hatiku. Mereka sangat manja tetapi pemalu. Lihat pada foto di atas sudah tahu sifat mereka. Ayam-ayamku adalah hibrid kacukan bukan sepenuh ayam kampung.
Pagi semalam, ada kucing entah kenapa berminat dan melahirkan 4 ekor anak kucing  di dalam tempat ayam-ayamku bertelur. Foto di bawah.
Bukan main riuh rendah ayam-ayamku berketuk dan si Jantan berkokok. Apabila aku keluar meninjau, Brown datang memberitahuku seolah-olahnya dan menuju ke kotak tempat mereka bertelur terus berdiri bersama-sama white dan berketuk lagi.
Huh! Keluhku kerja sakanlah untukku pagi ini, menyediakan semula kotak yang baru. Aku juga perlu memberihkan tempat tenggek mereka yang sudah penuh dengan tahi ayam. Tidak mengapa demi untuk ayam-ayam kesayanganku aku akan terus menjaga mereka.

Friday, May 8, 2015

Scarf Osteotomy for Hallux Valgus - After one and a half year


Thanks to God the AlMighty.
Aku bersyukur kehadrat Allah yang telah mengizinkan untukku memperolehi kaki kiri ku semula melalui prosedur pembedahan namanya seperti di atas. Pembedahan ini secara insisi pada dua tempat, iaitu satu di antara ibu jari dan anak jari kedua dan satu lagi di tepi ibu jari. 3 skru Titanium di gunakan untuk menyambungkan tulang metatarsal yang sebelum ini dipatahkan untuk diluruskan. Benjolan yang dipanggil Bunion dipotong keluar.Aku sangat gembira melihat kaki kiriku ini ceria semula.
Sebelum ini telah terdera dengan begitu teruk sekali. Dijangkiti kulat pada kuku dan kulit disekeliling jari menjadi bersisek.Sebagai seorang manusia, kekadang kita alpa yang selama ini telah mengabaikan untuk menjaga keadaan kaki. Sapu losyen sekadar mana yang ada sahaja tidak mempertimbangkan keberkesanannya. Secara tidak lansung tidak mengikut sunnah Nabi saw.
Menurut Doktor Pakar Ortopedik di hospital yang aku buat pembedahan ini, kaki kanan ku pun akan mengalami keadaan kebengkokan tulang yang sama kerana situasi yang dinamakan bilateral. Buat masa ini keadaan ibujari kaki kanan yang melekat pada anak jari kedua itu yang mengganggu keselesaan pergerakanku sehari-hari. Disamping kadang-kadang terasa sakit urat-urat kaki akibat keadaan tulang jari kaki yang demikian terutama semasa memandu dan berjalan agak lama. Anak-anak jari ke empat dan kelima pun sudah membentuk Claw Toe.
Oleh kerana aku sudah tidak bekerja, aku boleh melakukan kerja-kerja rumah mengikut keupayaanku sahaja. Aku harap kaki kananku dapat dilakukan pembedahan yang sama memandangkan keadaannya yang semakin teruk, apatah lagi nanti selepas aku berjalan jauh menziarahi anak dan adik ipar di Jepun dan Jordan. WallahuAlam!