Hari itu 29 Dec 2014, Isnin adalah hari temujanji untuk ke Klinik Pakar Ortho, TCA 7. Melihatkan angka 7, sudah dapat tahu berapa kali aku telah berulang ke klinik Ortho sejak selepas pembedahan. Aku tidak kisah asal apa yang aku ingin dapat telah berhasil dan aku sangat bersyukur kepada Allah kerana usaha untukku berubat sudah berjaya. Sekurang-kurangnya aku tidak mengabaikan anggota kaki yang dikurnia Allah begitu sahaja dan aku dapat berjalan dengan sempurnanya (tidak rasa sakit).
Kali ini aku terpaksa menunggu giliranku sehingga menghampiri jam 4 ptg. Aku redha begitu keadaannya kalau ke mana-mana hospital kerajaan di Malaysia ini. Ramai juga di kalangan pesakit adalah warga asing.
Apa yang ku rasa semasa aku menunggu X-Ray tadi , sudah ternyata bila mana petugas yang memberi nombor kepadaku memberitahu yang Mr Azam sudah tidak ada di hospital ini. Aku pasrah dan dengan bilangan pesakit yang masih menuggu begitu ramai aku bersama anak terus ke kantin untuk makan tengahari iaitu sekitar jam 11.30pagi, Selepas makan tenghari, kami kembali ke Klinik dan terjumpa jiranku yang kebetulan baru habis temu janji. Kami berbual panjang maklumlah masing-masing punya pengalaman menjalani pembedahan dan pernah duduk di wad yang sama. Mujur kami sempat bersolat zohor kalau tidak terpaksa tanggung dosa tinggal sembahyang walaupun ada kemudahan tempat sembahyang.
Selepas sembahyang zohor, kami menunggu kira-kira setengah jam no giliranku dipanggil. Dr Hafiz seorang MO menunggu kami di dalam bilik berseorangan. beliau pun menjelaskan yang Mr Azam ke Jerman untuk melanjutkan pelajaran selama 3 tahun. Dari X-ray yang telah ku dapat, keadaan tulang kakiku sudah pulih sepenuhnya, kelihatan 3 skru masih melekat di dalam tulang. Patutlah aku tidak rasa sakit-sakit seperti dulu bila di tekan di bahagian berkenaan.
Bolehkah Doktor keluarkan surat discas sekarang? Aku bertanya Dr Hafiz dengan niat untuk tidak perlu datang ke Klinik Ortho lagi, lagipun menurut Dr Hafiz tiada pakar lain yang mahir dalam bidang Foot and Ankle seperti Mr Azam. Dia memberi alasan yang kaki kanan yang ada Hallux valguz perlu dipantau untuk satu jangkamasa lagi. Dia juga menyarankan untuk membuat pembedahan verikos vein dulu. Aku akan pertimbangkan hal itu kemudian . Aku pun memberitahunya sebenarnya kaki kananku tidak dibedah pun tidak memudaratkan kehidupan harianku. Ianya tidak seperti kaki kiri ku yang sampai aku tidak dapat berpijak dan perlu menjalani beberapa beberapa sesi fisioterapi. Selepas itu pun aku terpaksa berjalan dengan mengheret kaki kiriku ini untuk mengelak rasa sakit. Alhamdulillah itu semua telah berlalu.
Walaubagaimanapun sebagai seorang Insan yang lemah aku tidak berpeluang memohon maaf kepada Mr Azam di atas segala rasa sakit hatinya selama berurusan denganku disebabkan diri ini yang selalu menanyakan soalan-soalan yang agak sensitif untuk dia jawab dan kadang-kadang untuk orang lain mesti akan marah padaku tetapi beliau pandai menukar cara jawapannya dan inilah kemahiran berkomunikasi yang perlu ada pada doktor-doktor lain. TCA 8 - 26 Ogos 2015, jam 8 pagi.
Tuesday, December 30, 2014
Sunday, December 14, 2014
TCA 3-Verikos Vein
TCA 3 pada 20 Nov 2014 lalu, sungguh mengejutkan aku. Kali ini ku berjumpa MO perempuan berbangsa Cina. Tanpa aku banyak bercerita , beliau menyarankan untukku melakukan pembedahan untuk mengeluarkan verikos ven ku ini. Aku bingung bila di jawab tiada cara lain yang sesuai melainkan pembedahan. Dari 3 orang doktor bahagian surgeri ini , masing-masing memberi pendapat yang pelbagai. Aku terpaksa merujuk semula ke doktor Google ku untuk membuat keputusanku sendiri. Maklumlah setiap pembedahan elektif yang akan dilakukan perlu difikirkan semasak-masaknya. Bukan sahaja persediaan fizikal, mental lebih-lebih lagi demi untuk memberi kekuatan dalam diri ini. Oleh kerana aku memberitahu yang dengan memakai compression stocking ini meredakan sakit yang aku rasa, MO berkenaan menetapkan pula untuk TCA 4 ku pada 21 Mei 2015.
Aku pun beredar keluar dari klinik sambil memikirkan apakah kesudahan dengan aku semua cara berubat adalah melalui pembedahan. Yang aku bimbang juga ialah mengenai ubat bius yang perlu digunakan agak kerap walaupun tidak banyak. Aku perlu beristikharah untuk membuat keputusan-keputusan ini.

Tunggu pula TCA 7 pada 29 Dec 2014 untuk susulan Orthopedik, samada cantuman tulang-tulang metatarsal telah pulih sepenuhnya.
Aku pun beredar keluar dari klinik sambil memikirkan apakah kesudahan dengan aku semua cara berubat adalah melalui pembedahan. Yang aku bimbang juga ialah mengenai ubat bius yang perlu digunakan agak kerap walaupun tidak banyak. Aku perlu beristikharah untuk membuat keputusan-keputusan ini.
Tunggu pula TCA 7 pada 29 Dec 2014 untuk susulan Orthopedik, samada cantuman tulang-tulang metatarsal telah pulih sepenuhnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)