Dalam hidup ini, tiada bermakna jika badan sahaja sihat tetapi jiwa tidak sihat. Justru kita harus menyeimbangkan kesihatan jiwa dan badan kita. Seperti mana badan perlu makanan yang berzat begitu juga jiwa perlu makanan yang berkhasiat. Makanan sihat untuk jiwa ialah berzikir mengingati Allah dan juga mati. Percayalah jiwa yang sihat akan menatijahkan ketenangan dalam kehidupan harian walaupun sebenarnya diri kita diselubungi dengan pelbagai masalah seperti beban hutang dan masalah dalam kerjaya. Memang tidak semudah yang dicakap, berzikir perlu dengan ikhlas tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk dan dalam hati perlu istiqamah dan mujahadah. Insyaallah dengan niat baik kita akan menambahkan lagi pahala disamping mendapat nikmat keadaan diri yang sentiasa tenang.
Kalau difikir secara rasional apalah yang ada pada kehidupan yang hanya sebentar cuma, masalah yang dilalui akan pergi jua dengan kehendakNya. Yang penting kita hendaklah sentiasa mengingat Allah dengan tidak meninggalkan sembahnyang fardhu lima kali sehari, ruang untuk kita meluahkan rasa hati dan berikrar untuk mengikuti jalan yang lurus. Sebaliknya kalau kita hendak Allah bercakap dengan kita, hendaklah banyak membaca al quran. Disamping membaca dsarankan untuk kita memahami kandungan yang tersurat didalamnya.
Insyaallah setakat ini aku dapat mengkhatamkan al quran dalam masa 6 bulan. Rupa-rupanya dengan kita mengulangi pembacaan alquran akan dapat membiasakan kita dengan turutan surah-surah dan mentadabbur.
Azamku juga termasuk mengkhatam alquran setahun 3 kali disamping menurunkan berat badan sebnyak 10% untuk tahun ini.Walaubagaimanapun ini yang dikatakan rohani dan jasmani harus bergerak seiring. Apalah maknanya mencari kekayaan dunia jika badan sentiasa tidak sihat! Jika kita sudah berusaha kesihatan yang baik tidak menyebelahi kita itu sudah takdir, mungkin kifarah untuk menyucikan dosa-dosa yang banyak yang Allah tidak mahu kita di balasi di akhirat nanti. Wallahualam!
No comments:
Post a Comment