Memulakan dengan terjemahan ayat dari surah Al Fajr yang bermaksud "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu. (Ayat 27-30)
Tidak semudah sebutan, perlu istiqamah dan mujahaddah dalam bentuk tindakan. Allah tidak memilih kita jika kita tidak dapat memliki jiwa yang tenang. Justru kehidupan ini adalah medan ujian untuk kita berusaha memilikinya. Allahlah yang layak untuk memilih siapa yang dikategorikan sebagai memiliki jiwa tenang.
Ustazah nurhafizah dalam siri usrati di radio ikim membuat tamsilan ketenangan jiwa seperti seekor burong yang sedang mengeram di dalam sarangnya dan sarangnya itu berada dibawah air terjun. Sudah pasti bunyi deruan air terjun begitu kuat dan menganggu kedamaian suasana. Namun burung itu memiliki ketenangan jiwa walaupun disekelilingnya suasana begitu hiruk pikuk bising sekali dengan riuh rendah orang ramai yang sedang mandi manda di situ, dia tetap duduk berterusan mengeram di dalam sarang tersebut.
Begitulah juga dengan Asiah isteri Firaun walaupun cara kematiannya begitu tragis sekali iaitu dia diseksa dengan hentaman batu oleh suaminya, namun dia tenang menerimanya. Inilah senario yang harus menjadi tauladan jika ingin memiliki hati tenang.
Mungkin dengan ujian kesulitan dalam tugas yang didatangkan merupakan wasilah untuk kita melatih jiwa menjadi tenang dengan kita kembalikan diri kita mengingati Allah. Biarlah rakan sekerja membuat bising mengadu domba kepada pihak atasan, kita buatlah apa yang perlu dan mampu dan yang selebihnya berserah kepada Allah.
Ada ungkapan yang mengatakan, "Hadiah itu tidak selalu terbungkus dengan indah. Terkadang Allah membungkusnya dengan masalah, tetapi di dalamnya ada hikmah dan barakah". Wallahualam.
Saturday, February 22, 2014
Saturday, February 15, 2014
Kekuatan Jiwa
Dalam hidup ini, tiada bermakna jika badan sahaja sihat tetapi jiwa tidak sihat. Justru kita harus menyeimbangkan kesihatan jiwa dan badan kita. Seperti mana badan perlu makanan yang berzat begitu juga jiwa perlu makanan yang berkhasiat. Makanan sihat untuk jiwa ialah berzikir mengingati Allah dan juga mati. Percayalah jiwa yang sihat akan menatijahkan ketenangan dalam kehidupan harian walaupun sebenarnya diri kita diselubungi dengan pelbagai masalah seperti beban hutang dan masalah dalam kerjaya. Memang tidak semudah yang dicakap, berzikir perlu dengan ikhlas tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk dan dalam hati perlu istiqamah dan mujahadah. Insyaallah dengan niat baik kita akan menambahkan lagi pahala disamping mendapat nikmat keadaan diri yang sentiasa tenang.
Kalau difikir secara rasional apalah yang ada pada kehidupan yang hanya sebentar cuma, masalah yang dilalui akan pergi jua dengan kehendakNya. Yang penting kita hendaklah sentiasa mengingat Allah dengan tidak meninggalkan sembahnyang fardhu lima kali sehari, ruang untuk kita meluahkan rasa hati dan berikrar untuk mengikuti jalan yang lurus. Sebaliknya kalau kita hendak Allah bercakap dengan kita, hendaklah banyak membaca al quran. Disamping membaca dsarankan untuk kita memahami kandungan yang tersurat didalamnya.
Insyaallah setakat ini aku dapat mengkhatamkan al quran dalam masa 6 bulan. Rupa-rupanya dengan kita mengulangi pembacaan alquran akan dapat membiasakan kita dengan turutan surah-surah dan mentadabbur.
Azamku juga termasuk mengkhatam alquran setahun 3 kali disamping menurunkan berat badan sebnyak 10% untuk tahun ini.Walaubagaimanapun ini yang dikatakan rohani dan jasmani harus bergerak seiring. Apalah maknanya mencari kekayaan dunia jika badan sentiasa tidak sihat! Jika kita sudah berusaha kesihatan yang baik tidak menyebelahi kita itu sudah takdir, mungkin kifarah untuk menyucikan dosa-dosa yang banyak yang Allah tidak mahu kita di balasi di akhirat nanti. Wallahualam!

Subscribe to:
Posts (Atom)