Friday, July 27, 2012
Warna-Warni Latar Belakang Rakan Sebilikku
Allah berfirman :Ingatlah Wahai Insan, tidak Aku jadikan manusia itu meainkan untuk mengabdikan kepadaKu. Peranan kita yang utama adalah untuk beribadah kepada Allah. Segala pangkat dan kedudukan kita tidak dipandang kerana kita adalah pada asasnya hamba Allah.
Di Mekah Al Mukarramah aku menginap di bilik 603, iaitu tingkat 6. Hotel itu mempunyai 10 tingkat dan bersama-sama denganku ada 7 lagi jemaah haji lain. Berikut adalah nama-nama dan latar-belakang mereka. Bukan apa sebagai kenangan yang tidak akan dirasai lagi.
1. Norsidah bt Abd Kadir - 54 tahun dari Sek 17 Shah Alam - suri rumah mempunyai 2 org anak + 2org cucu.
2. Engku Nora - 41 tahun dari Puncak Alam - seorang doktor bekerja di Klinik Dr Rani Kelang - 4 org anak
3.Hanizah bt AhmadLisa - 45 tahun dari Setapak,K,L - seorang guru pakar Sejarah - belum dikurnia anak
4.Najibah Abdullah - 48 tahun dari Taman Perkasa Shamelin, K.L - seorang Ustazah mempunyai 6 org anak.
5. Nurlida bt Manan - 45 tahun dari Serendah, Selangor - seorang guru bahasa mempunyai 4 org anak
6. Zaiton bt Shariff - 43 tahun dari Sek 10 Shah Alam - seorang Pensyarah UITM mempunyai 4 org anak
7. Roshida bt Daud - 39 tahun dari Bandar Baru Bangi - seorang pegawai LHDN mempunyai 3 org anak
Walaupun bilik kami adalah kategori penghuni yang ramai biasanya 5 orang sahaja, tapi kami redha dan tidak membandingkan atau merungut sangat. Di bumi Mekah ini tambahan pula dapat datang pun kami semua dah bersyukur. Aku rasa begitu selesa dengan rakan-rakan sebilikku kerana aku rasakan mereka semua ada sifat timbang rasa. Di dalam bilikku ini yang pernah datang ke Mekah hanya 2 orang, itupun mereka buat umrah dan agak begitu lama, jadi kami semua rasa tiada yang lebih.
Bagiku apa yang Allah jadikan kita seadanya ada sebabnya. Yang pentung sifat bersyukur hendak disematkan di dalam hati.
Perjalanan hidupku di sini bermula dengan bila aku balik dari solat subuh, rakan sebilkku Hanizah akan tunggu dan bersedia dengan kuih yang telah dibelinya. Yang paling kerap dibeli ialah lemping. Dia sejak sampai Mekah kedatangan darah Istihadah, kurang peluang untuk ke Masjid, tapi di ganti dengan banyak menolong rakan-rakan membeli itu dan ini. Mudah-mudahan Allah memberkati apa yang dilakukannya, Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment