Saturday, March 5, 2011

Berakhirnya Perjalanan Hidup Se Orang Ibu

Pada tanggal 25 Januari 2011 aku bersama suami dan anakku ke majlis walimatul urus rakan suami di Kajang. Selepas majlis tersebut, kebetulan sudah lama tidak ketemu Aju, adik perempuan tunggal suami, kami pun melengcong ke Semenyih yang merupakan rumah hujung minggu adikku itu. Disebabkan aku pun sudah memberitahunya lebih awal Aju pun menunggu kami. Dia pun sudah memasak makaroni goreng. Sungguh ku rasa mujur kami sampai, jika tidak dia tentu akan kecewa kerana telah menyediakan yang enak itu. Bukan apa untuk kali pertama berkunjung ke situ takut juga kalau tidak jumpa rumahnya. Suami ku pun asyik merungut nak berpatah balik sebab kamipun tersesat di pekan Kajang yang telah banyak berubah.
Di pertemuan itu Arwah banyak menceritakan perihal sikap anak-anaknya dari yang pertama sehingga yang ke lima. Aku cuba memberi perhatian walau hati ini rasa tak seronok nak ambil tahu hal-hal yang dirasa tidak berkaitan. Aku pun berseloroh mengatakan rumah ni memang sesuai untuk tempat tinggal orang pencen. Kebetulan suaminya memang sudah berhenti kerja disebabkan masalah komplikasi jantung dan kencing manis Arwah kelihatan diam tanpa kata.
Sebelum aku selesaikan kerja pada hari Isnin 28 Februari 2011, suamiku menalipon memberitahu yang Aju telah tiada, aku terkejut. Sambil menghabiskan kerjaku aku terus menalipon Waden asrama anakku untuk mengambilnya pulang. Dengan tidak melengahkan masa kami bertiga menuju ke Klang. Malangnya tiada sesiapa di sana, kami pun terus ke rumah mayat Hospital Klang. Kebetulan waktu itu menghampiri 11.40 mlm. Semua yang ada di situ cuma berdiri bertanya akan punca kematiannya. Tidak lama kemudian 2 orang anak arwah yang belajar di Melaka dan Perak tiba. Orang yang menjaga bilik mayat pun membuka pintu bilik mayat dan memberi kami melihat wajah arwah yang masih dalam pakaian asal semasa dia ke klinik.

No comments:

Post a Comment