Tuesday, February 9, 2010

Latihan Praktikal Semasa Di Tahun Dua Universiti

Pensyarah memaklumkan kepada pelajar Pengajian Teknologi Industri Polimer bahawa kami dikehendaki menjalani latihan amali di kilang yang ditawarkan kepada pihak Universiti. Kami diberi pilihan mengikut tempat yang kami suka. Entah macam mana saya pun memilih Kilang Getah Nike yang letaknya di kawasan Industri Kulim. Memandangkan jaraknya agak jauh dari rumah- semasa tu saya tinggal di Seberang Jaya, say pun menumpang rumah tok saudara saya di Kulim. Saya hanya perlu naik bas kilang yang melalui jalan tersebut. Rupanya kilang itu milik syarikat Amerika, keadaan di kilang tersebut sangat penuh dengan tekanan. Walaupun saya hanya menjalani latihan amali, terasa betul perbalahan dari pihak pengurusan.Hendak belajar secara formal memanglah tidak diberi peluang, terpaksalah buat hal sendiri. Masa inilah saya kenal yang bangsa yang tertentu diberi layanan. Nasib baik hanya saya seorang yang menjadi pelatih tidaklah saya rasa rasa cemburu sekiranya saya dianaktirikan. Kita nak menuntut ilmu kenalah belajar apa yang dapat dari kilang tersebut.
Yang menjadi kenangan yang saya agak jiwang sikit ialah ada seorang pekerja lepasan ITM, saya rasa Rubber Teknolojis. Dia meminjamkan saya buku dan di dalam buku tersebut dia tinggalkan slip gaji dan maklumat peribadi dia.Itu menjadi tanda tanya kenapa perlu dia tinggalkan maklumat penting macam tu. Saya maklum dia seorang kakitangan kilang yang rajin dan dia menceritakan yang dia mula bekerja di kilang tu sebagai tukang sapu. Selepas itu pengurus kilang dapati dia ada kelulusan yang sesuai lalu dia dapatlah bekerja di situ. Memang pada dasarnya saya mengkaguminya kerana dia seorang yang sangat berdedikasi tapi jatuh hati itu tidaklah agaknya, orang Jawa pekat,namapun Surya Budiman...jawa tok tok kut.

1 comment:

  1. dulu adik kak wa pun penah ada abang angkat org jawa la...namanya pun dah tahu ke'jawa'annya..api dah lost contact pun.....graduated usm abg tu...

    lps tu ada lagi satu kisah yg mana org jawa juga berminat tapi tuan punya badan tk layan..akhirnya dpt org bukan jawa(rasanya) hehehehehe

    ReplyDelete