Friday, September 2, 2011

Kepada Wanita Untuk Jalan Bahagia

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Friday, August 5, 2011

Cintai Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah s.w.t jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibrail dan berkata: "Wahai Jibrail, Aku mencintai orang ini, maka cintailah dia!" Jibrail pun mencintainya lalu Jibrail pun mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, mak cintai lah dia." Seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian ornag itupun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Riwayat al-Bukhari)
Untuk mencintai Allah kita wajib mencintai Rasulullah s.a.w. Antara langkah-langkah yang mencintai Rsulullah s.a.w itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunnahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang di kecewakan suami atau suami yang dipinggirkan isteri. Jangan menagih cinta makhluk sehingga kita derita dan sakit hati. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi. Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah s.w.t. CInta Allah mampu mengekalkan malah boleh meningkatkan lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku.

Menghampirinya bulan Ramadan Saka Berkeliaran...

Pada hari sabtu yang lalu aku pulang dari menziarahi suami di Damansara Specialist. Sesampaiku di rumah aku memang kurang selesa terutama bila mendengar seorang jiranku yang suka cakap terpekik-pekik. Memang menjadi kebiasaanya bila di hujung minggu banyaklah yang dicelotehnya, sangkaku. Bila aku nak menutup pagar rumah aku pun merasa sedikit pelik melihat sebuah kereta proton saga putih, tertulis perkataan ResQ 911. Aku pun tidak kisah lagi mungkin sengaja dicat begitu. Hingga setelah aku pulang semula mengambil anakku yang baru gunting rambut, barulah aku perasan bila aku lihat di bahagian cermin belakang proton saga itu tertulis perubatan Islam Darus Syifak.
Dalam masa yang sama terdengar suara jiran ku bercakap-cakap sejak tadi. Hati teringin nak mengambil tahu tapi terasa badan pun letih lebih baik buat-buat tidak dengar. Beberapa minit kemudian kedengaran suara ustaz melaungkan azan. Merekapun pulang sambil bercakap sesama mereka dan salah seorang dari mereka adalah orang yang ku kenali yang tinggal di Kpg Nakhoda.
Sehari sebelum 1 Ramadan aku ke rumah kenalan ku ini untuk membuat bayaran tahlil. Kenalanku ini pun memberitahu yang semalam pihak Darus Syifak telah menangkap 2 ekor saka kafir dari rumah jiranku. Kesemuanya ada 3 ekor saka yang mana 1 darinya adalah Islam dan tidak ditangkap. Mereka ini telah menggnggu cucu, nenek dan menantunya sekali gus menyebabkan ResQ 911 Darus Syifak dipanggil untuk membantu. Jadi pada zaman canggih ini jangan tak tahu kalau ada ular panggil bomba tapi ada kalau ada makhlus halus panggil ResQ 911 Darus Syifak.

Monday, July 18, 2011

Pengakhiran hidup

Hari rabu yang lalu, salah seorang kakitangan di tempat kerjaku kematian isteri akibat sakit kanser paru-paru. Hari ini pula kaum muslimat PAS khususnya pula di kejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah seorang ahli perubatan dan tokoh politik juga akibat dari penyakit yang sama. Kedua-dua wanita yang meninggal ini juga sebaya umur mereka. Ajal maut jodoh pertemuan Allah yang tentukan.
Dalam ertikata lain apalah yang ada di dunia fana ini, setiap hari ku dikejutkan dengan kematian. Ini menunjukkan yang Allah sentiasa mahu ingatkan kita bahawa kematian itu sentiasa mengintai atau mahu ia diperhatikan. Dalam masa yang sama manusia tidak akan dapat berbuat apa-apa apabila masanya sudah tiba.
Persediaan yang boleh hanya membuat apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Ke mana kita akan dimasukkan samada neraka atau syurga adalah bergantung kepada rahmatNya. Apa yang aku perasan ialah badanku tidak sekuat 3 atau 4 tahun yang lepas, walaupun kadang-kadang aku cuba melawan kelemahan badanku ini.
Yang aku rasa, aku perlu banyak berehat berbanding dengan bekerja tetapi keadaan fizikal tidak mengizinkan. Namun begitu kerja-kerja berat perlu dibuat tapi selalunya tiada yang membantu baik di tempat kerja mahupun di rumah.

Sunday, June 26, 2011

Pertunangan Anak Buah



Pada tanggal 11 Jun aku bersama suami bertolak ke Triang 3, Pahang. Ini pertunangan sulung di kalangan 6 orang anak buahku yang aku ada yang ku kira sudah boleh berumah tangga. Sementelah pula anak buahku yang ini baru kematian ibunya 4 bulan lalu. Aku terasa bertanggung jawab untuk menyertai rombongan yang sebanyak 6 buah kereta semuanya.
Foto 1 - Anak dara bersama 2 orang bakal adik iparnya.
Foto 2 - Anak dara ini berkelulusan tinggi setinggi orangnya.
Foto 3 - Antara hantaran yang kami bawa.

Friday, June 24, 2011

Kenangan Enam bulan Yang Lalu














Adalah satu kenangan yang tidak mungkin akan terjadi lagi seumur hidupku dan tidak mudah uhtuk dilupakan. Bukanlah aku orang yang selalu terbang ke negara Inggeris itu. Namun untuk kali ke 2 ini Allah menguji kami dengan menurunkan salji tebal yang setahu aku tidak pernah berlaku di London sebelum ini. Kami terkandas selama 3 hari di Lapangan terbang Heathrow. Dalam masa 3 hari kami berulang-alik dari lapangan terbang ke hotel dengan keadaan terpaksa berhimpit-himpit dalam bas. Dalam kerisauan berapa lama kami harus tinggal di situ, sempat aku mengambil foto dari dalam bas yang membawa kami dan juga beberapa foto dari dalam hotel Park Inn itu.

Monday, June 6, 2011

Bumi Di Pijak Milik Orang

Hari aku menaiki bas rapidKL menuju ke KL untuk berurusan di Maju Junction. Aku dalam keadaan tenang memandangkan aku tidak perlu mengejar masa.Bas datang dan aku menaikinya. Seperti dijangka waktu-waktu begini iaitu 11.00pagi waktu bekerja bas pun kurang penumpang. Bas yang aku naiki pun berhenti untuk mengambil se orang penumpang berbangsa Afrika di kawasan kedai Simpamg Tomyam, iaitu masih di Kawasan Kampong Nakhoda. Selepas itu seorang perempuan India dan berikutnya seorang wanita Cina. Jadi penumpang perempuan yang ada boleh dikatakan macam 1Malaysia.
Ketiga-tiga perempuan termasuk diriku semuanya dalam umur lebih 40an. Yang menjadi kehairananku ialah penumpang berbangsa Afrika ini sejak dari mula naiki bas tidak puas hati dengan pemandu bas menuduh pemandu bas cuba kenakan tambang lebih 50sen. Dengan caranya yang hendak bergaduh sangat tidak menyenangkan diriku. Memang pemandu bas itupun tidak begitu berhemah. Sebagai seorang pendatang/pelawat warga Afrika itupun tidak perlu nak tunjuk besar kepala datang ke Malaysia. Cuma ajukan perkara itu ke pihak pengurusan bas cukuplah. Achi itu cuba nak leraikan mereka berdua dia pula yang kena marah. Bagi diriku aku tidak mahu mnyebelahi mana-mana pihak kerana warga Afrika itu pada fikiranku sangat musykil akan kehadirannya yang berada di kawasan Kampong Nakhoda. Dirinya berpakaian kemas dengan membawa beberapa buku Nota. Destinasinya pula selepas itu ialah ke Jalan ChowKit. Tidakkah dia seorang Pengedar Dadah? Lagaknya sangatlah bongkak.
Begitu juga dengan keadaan di Surau berhampiran tempat kerjaku di Kepong. Waktu sembahyang zohor berjemaah, makmun perempuan adalah 3 orang termasuk diriku yang 2 lagi ialah warga Indonesia. Yang lelakinya pula sebahagian besarpula ialah Pakistan yang bekerja di Restoran-restoran berhampiran. Semakin hari aku terasa diriku semakin terasing di bumi sendiri.