Friday, March 26, 2010

Pengalaman Melancung Ke Sabah- 13/3 hingga 17/3
















Sesampainya kami di lapangan terbang Tanjung Aru, kamipun dibawa oleh Ewin dengan van menuju ke Kundasang yg jaraknya 97km. Perjalanannya kira2 2jam. Itupun Ewin memandu dengan laju sebab takut hari gelap. Kami sampai ke Pine Resort jam 6.30ptg. Memangpun keadaannya macam pukul 7.30mlm. Hari pertama kami dibawa ke kaki Gunung Kinabalu, Taman Bunga ros, Tugu Ranau March dan Desa Farm. Hari kedua pula kami pergi ke Ranau Hot Spring. Tempat ini menjadi tumpuan pelancung untuk bereakrasi. Keadaan kemarau menjadikan air terjunnya tidak banyak. Hari ketiga kami pun berangkat ke Likas dan menginap di hotel yang bertaraf 4 bintang- Novotel. Misi kami tidak lain hanyalah untuk tenangkan fikiran dan pulihkan kembali badan yang sakit kena stres dengan beban kerja. Orang dah 40an kena pandai rehat sikit tak perlulah stres tak menentu.

Saturday, March 6, 2010

Latihan Praktikal Peringkat Kedua Di RRIM Sg Buluh


Cuti semesta bermula untuk Tahun Ketiga saya di USM. Itu tidak bermakna kami pelajar Teknologi Polimer boleh berehat di rumah kerana kami dikehendaki pula untuk menjalani latihan amali di Pusat Penyelidikan Getah(RRIM) di Sg Buluh.Kami seramai tujuh lelaki dan lima perempuan diberi tempat tinggal yang digunakan oleh pusat itu untuk pelatih yang menjalani latihan di situ. Maklumlah ketika itu kawasan tu masih macam tempat jin bertendang, jauh dari bandar. Terasa betul macam tinggal di ladang getah kerana kami terpaksa berjalan merentasi kawasan rumah pekerja ladang getah RRIM yang agak banyak. Kadang-kadang rasa aman pun ada, jauh dari hiruk pikuk deruan kenderaan. Teringat kembali masa tu saya terpaksa menumpang kat rumah mak angkat di Kluang tu, suasananya memang sama. Yang bezanya kali ini saya di samping rakan yang mengambil kursus yang sama.
Pada masa tu juga bertembung dengsn bulsn Ramadan,yang saya ingat kami terpaksa kejut- mengejut sesama rakan kerana tiada penjaga atau orang lain yang akan ambil tahu hal kami.Penyelia yang bertanggung-jawab untuk pastikan kami melengkapi latihan itu ialah Pegawai-pegawai Penyelidek yang bekerja di RRIM. Mereka pun sibuk dengan hal dan keluarga masing-masing. Lagipun mereka berkenderaan tentulah mereka tinggal di kawasan seperti Subang Jaya yang selayak dengan mereka.Kami hanya buat projek yang diarahkan mereka.

Sunday, February 21, 2010

Wajah Seorang Pejuang


Menurut apa yang diberitahu oleh gurunya. Biasanya sekolah ini akan didatangi oleh penganjur seperti MARA, Petronas, Bank Negara dsbnya untuk menaja pelajar-pelajarnya selepas SPM. Oleh sebab yang demikian membuak-buaklah hati kecil anak remaja ini untuk belajar di luar negara.Dia juga pernah pergi ke UK, Jepun dan Bali, walaupun hanya sebagai pelancung dirasakan dia ingin belajar di negera yang belum dilawatinya ataupun yang belum ada sanak-saudaranya belajar lagi.
Setakat ini, pada pandangannya dia ingin pergi belajar ke Madinah, kerana Mesir, Syria dan Jordan dah ada saudara yang belajar di sana. Kalau ke Eropah tu biarlah Jerman, Ireland atau Austria kerana UK dah ada Maksunya di sana.
Terpulanglah padamu wahai anakku kalau Allah izinkan InsyaAllah semua akan terlaksana. Yang penting hendaklah menjadi insan yang mulia dan berguna kepada agama dan bangsa.

Azam SeOrang Anak Memasuki Sekolah Baru
















Memang perlu masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru terutama di sekolah yang semua pelajar tinggal di asrama.Kawasannya tidaklah begitu luas berbanding dengan sekolah lama dia. Undang-undang di asrama pun agak ketat. Waktu pulang bermalam tidak dibenarkan lagi sesiapa berkeliaran di asrama se awal jam 3 petang. Jalan yang diambilnya ialah ikut rakannya yang tinggal berhampiran sekolah lamanya. Sekurang-kurang dia dapat melepak dan berjumpa kawan disekolah lamanya sementara tunggu ibunya ambil dalam pukul 6 ptg.
Kelebihan sekolah baru ini ialah ia ada banyak permainan sukan seperti memanah dan kriket yang tidak terdapat di sekolah biasa.Sekurang-kurang Zaim dapt cuba belajar memanah.Permainan catur memanglah dia ada bakat kerana pernah bertanding sampai peringkat negeri. Di sekolah baru ni Zaim guna catur yang diberikan MakSunya untuk hadiah harijadi tahun lepas sebab yang lain semua dah rosak.

Monday, February 15, 2010

Kenangan Balik Bercuti Sempena Tahun Baru Cina 2010

Cuti Tahun Baru Cina di M'sia tahun ini dismbut agak panjang iaitu dr 13 hingga 16 Feb. Banyaklah undangan perkahwinan diterima. Pertama sekali ialah anak perempuan bongsu bapa saudara Abg Zam, mereka menetap di Pulau Gadong, Melaka.Kebetulan Abg Zam bercuti dan kami ke Melaka menaiki kereta, sesak juga highway Seremban-KL tu. Abg Zam pakai Garmin(Tom2) kawannya pun dibawanya jalan jauh. Masalahnya kami sudah beli tiket Firefly nak balik Penang petang tu.Agak cemas juga dibuatnya sebab balik rumah sekejap dihantar oleh Abg Zam ke Subang Airport pula, flight pukul 8.00 mlm.
Kami dijemput oleh Nora yg kebetulan membawa kakak Yusuf yg dtg ke Penang utk makan angin. Bermalamlah kami di rumah mak malam itu. Disebabkan bunyi dentuman mercun CIna Raya yang sangat kuat sekeliling rumah mak itu saya dan emak tidak dapat tidur. Kami pun menghabiskan pesanan cenderahati dari Mak Chak sambil bercerita. Antara ceritanya ialah keadaan mak chik Sediang yang mak baru melawatnya 2 hari lalu yang sudah tidak bermaya sudah seminggu tidak respon pada makanan dan air.Keesokan harinya semasa kami sedang sediakan makan pagi berita kematiannya kami terima. Kami pun pergilah menziarahi jenazahnya.Dialah satu-satunya adik-beradik TokWan yang masih hidup sebelum ini, umurnya 90 tahun. Semasa di rumah arwah baru saya dapat lihat iras wajah sanak saudara TokWan, yang banyak diwarisi oleh adikku Intan. Ramai juga yang macam orang Jepun.
Selepas tu kami terus ke majlis perkahwinan anak bongsu Toklah di Selama.Kesokkannya pula kami ke majlis perkahwinan anak MakChak dan kami berangkat pulang sebelah petang dihantar oleh Mahathir Sulaiman

Tuesday, February 9, 2010

Latihan Praktikal Semasa Di Tahun Dua Universiti

Pensyarah memaklumkan kepada pelajar Pengajian Teknologi Industri Polimer bahawa kami dikehendaki menjalani latihan amali di kilang yang ditawarkan kepada pihak Universiti. Kami diberi pilihan mengikut tempat yang kami suka. Entah macam mana saya pun memilih Kilang Getah Nike yang letaknya di kawasan Industri Kulim. Memandangkan jaraknya agak jauh dari rumah- semasa tu saya tinggal di Seberang Jaya, say pun menumpang rumah tok saudara saya di Kulim. Saya hanya perlu naik bas kilang yang melalui jalan tersebut. Rupanya kilang itu milik syarikat Amerika, keadaan di kilang tersebut sangat penuh dengan tekanan. Walaupun saya hanya menjalani latihan amali, terasa betul perbalahan dari pihak pengurusan.Hendak belajar secara formal memanglah tidak diberi peluang, terpaksalah buat hal sendiri. Masa inilah saya kenal yang bangsa yang tertentu diberi layanan. Nasib baik hanya saya seorang yang menjadi pelatih tidaklah saya rasa rasa cemburu sekiranya saya dianaktirikan. Kita nak menuntut ilmu kenalah belajar apa yang dapat dari kilang tersebut.
Yang menjadi kenangan yang saya agak jiwang sikit ialah ada seorang pekerja lepasan ITM, saya rasa Rubber Teknolojis. Dia meminjamkan saya buku dan di dalam buku tersebut dia tinggalkan slip gaji dan maklumat peribadi dia.Itu menjadi tanda tanya kenapa perlu dia tinggalkan maklumat penting macam tu. Saya maklum dia seorang kakitangan kilang yang rajin dan dia menceritakan yang dia mula bekerja di kilang tu sebagai tukang sapu. Selepas itu pengurus kilang dapati dia ada kelulusan yang sesuai lalu dia dapatlah bekerja di situ. Memang pada dasarnya saya mengkaguminya kerana dia seorang yang sangat berdedikasi tapi jatuh hati itu tidaklah agaknya, orang Jawa pekat,namapun Surya Budiman...jawa tok tok kut.

Tuesday, February 2, 2010

Hari Pendaftaran Anak Ke SBPI Gombak


Hari ini( 2 Feb 2010) adalah hari lapur diri anak saya ke Sek Berasrama Penuh Integrasi Gombak.Pengambilan baru ini kira-kira 90 orang.Tambahan 3 kelas lagi. 1 kelas Sains Tulen Agama,1 kelas sains tulen sahaja dan 1 lagi kelas sains Teknikal.Satu taklimat telah diadakan memandangkan ambilan 1 ini dalam kumpulan besar. Ambilan 2 mungkin dalam bilangan kecil.Kebetulan Pengetua sekolah ialah Pengatua Cemerlang, ucapan nya pun sangat lantang. Bertambah membuak semangat Zaim untuk menyahut cabarannya.
Semasa pendaftaran setiap murid ditemani murid lama(Ting 4 yg belajar dari Ting 1 di situ). Zaim di temani oleh seorang pelajar yang wajahnya mirip wajah Izzuddin (anak saudara saya). Saya harap Izzuddin yang baru usianya mencecah 4 tahun itupun akan menjadi seperti pelajar ini. Namanya Muhd Zawawi, perwatakannya baik, kulit putih dan juga anak bongsu. Walaupun memilki wajah yang menarik, itu tidak membuatkan dia sombong.Dia menceritakan yang walaupun dia hanya dua beradik, bapanya hanya pembantu makmal sekolah dan emaknya berniaga warung sahaja.
Sikapnya yang merendah diri nampaknya membuatkan Zaim lebih cepat mesra dengannya.Dia tinggal di Banting, sekampung dengan keluarga Misbun Sidek.Zaim kata diri dia ibarat rusa masuk kampung serba-serbi tidak tahu perlulah ada teman sebegini. Diharap mereka berdua dapat saling bantu-membantu di dalam pelajaran. Latar-belakang keluarga pun sama - adik-beradik tidak ramai.