Tuesday, October 17, 2017

Pengajianku Setelah berhenti dari Alam Pekerjaan

Sejak berhenti dari sektor pekerjaan makan gaji 2 tahun lalu, aku telah mengisikan masa terluangku dengan mengikuti kelas agama di masjid dan di surau. Bidang2 kelas agama yang ku ikuti ialah tajwid, talaqqi, tafsir, tasawuf, feqah dan bahasa arab mudah.
Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk belajar dan tidak memerlukan untuk aku berbelanja besar. Peluang ini aku akan guna sebaiknya terutama mendalami Al Quran Karim. Alhamdulillah aku dapat menghafal surah Almulk yang terdiri dari 30 ayat dengan menggunakan cara Harfiah. Aku sedang menghafal surah Al Sajadah dan selepas itu dengan izin Allah surah Yassin.
Cara Harfiah ialah dengan mengenali jenis2 huruf dan zoraf.
Antara huruf2 yang berkenaan ialah huruf jar, takkid, isfahm ,ataf ,nafi, makani, zamani dan mudarikh. Dengan mengetahui huruf jar dan ataf dapat membantu kita membaca AlQuran. Huruf ataf adalah seperti sendikata dalam bahasa malaysia. Boleh menjadi tempat untuk memulakan ayat sekiranya nafas kita pendek. Huruf jar pula merupakan pengubah baris pada sesuatu kalimah dari atas ke bawah, yang mana masih aku belum kuasai.
Secara keseluruhan aku boleh katakan yang aku sudah dapat menguasai ilmu tajwid dan membaca quran dengan memuaskan. Sebelum ini aku baca Quran mengikut cara aku pelajari masa kecil dulu di mana tidak ada tajwid dan ikut sedap hati sahaja. Mungkin sebab itu aku rasa susah hendak khatam satu Quran walaupun dalam masa setahun.