Wednesday, April 15, 2015

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada!

Nasihat dari Dr Harlina Siraj kepada Yang dah 50 tahun dan yang belum lagi atau lambat lagi ke umur 50 tahun.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Fokus pada usaha untuk menggembirakan orang lain, sudah terlambat untuk berusaha menambah harta .

2. Rancang bagaimana untuk membelanjakan wang anda. Pada masa sekaranglah patut menggembirakan hati yang mana sebelum ini tiada dapat dibuat. Jika berkemampuan pergilah melancung.

3. Perlu dilakukan sekarang, bukan semalam atau esok. Semalam telah berlalu dan esok mungkin tidak akan berlaku.

4. Terima kelemahan fizikal, sakit dan lani-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian dari proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang ada.

5. Kenali diri dan apa yang ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada kita. Jika kita tidak dapat apa yang kita hendak ketahuilah itu semua sudah terlambat.

6. Berbahagialah dengan pasangan kita, anak dan rakan-rakan. Mereka yang betul-betul sayangkan kita seadanya. Bukan apa yang kita ada. Mereka yang sayangkan kita kerana apa yang kita ada, mereka itu tidak ikhlas, hanya berpura-pura dan semestinya kita tahu siapa mereka sekarang.

7. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. LApangkan minda dan hati.

8. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Janganlah takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yang lebih baik. Bersedialah bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu YANG MAHA ESA (ALLAH SWT)

DIALAH YANG ADA SETELAH KITA MENINGGALKAN DUNIA INI!