Sudah lebih sebulan aku tidak menulis di blog ini. Maklumlah beberapa hal yang di luar jangkaan telah berlaku. Aku pulang ke Penang pun 2 minggu berturut-turut dalam bulan Oktober. Aku perlu coretkan di sini maklumat dari Ultra sound dan TCA 2 ku. Kali ini aku bersendirian juga pergi ke klinik Pakar bhg surgeri. Ku dihantar suami dan pulang menaiki teksi. Aku sudah biasa dengan masa menunggu yang lama, apa lagi bahgian surgeri lagi ramai pesakitnya. Waktu ku penuhi dengan mambaca wasap yang belum sempat ku baca sepenuhnya memandangkan kandngan info yang sangat panjang.
Aku pun menuju ke bilik dimana nombor ku dipanggil. Ku lihat itu rupanya bilik prosedur dan aku diarah duduk di atas katil untuk doktor melihat keadaan kakiku. Menurut lapuran ultrasound yang ku buat 2 minggu sebelum itu tidak terdapat blood clot di verikos vein. Memandangkan urat timbul ku ini agak besar, doktor India berkenaan agak bimbang dan memanggil rakan sekerjanya yang berada di bilik hadapan untuk dilihat. Doktor lelaki Cina itu melihat dengan mengeluarkan perkataan agak besar juga, dia pun menyarankan untuk dibuang urat tersebut. Sebelum itu aku memberitahu doktor yang compression stocking yang kubeli ku pakai pada masa tidur berdasarkan apa yang ditulis pada kotaknya. Rupa-rupanya aku harus pakai semasa siang iaitu masa aku sedang aktif barulah berkesan. Lagipun aku baru beli stocking tu baru 2 minggu sebelum itu, cuma aku tidak beritahu doktor.
Doktor India itu menerangkan kepada ku pihak hospital hanya boleh keluarkan vein tersebut melalui pembedahan. Ada satu lagi cara ialah dengan dengan memasukkan ubat secara suntikan terus pada vein tersebut tetapi harga ubat tersebut tersangat mahal, hanya terdapat di hospital swasta. Aku menjadi buntu untuk buat keputusan. Memandangkan keadaan demikian aku diberi masa lagi 1 bulan lagi iaitu TCA 3 untuk buat keputusan.
TCA 3 - 20 Nov 2014