Saturday, July 12, 2014

TCA ke 6

Sudah setengah bulan berlalunya Ramadhan al Mubarak. Rasa agak malas untuk berblog di bulan puasa ini. Namun untuk menglakkan terlupanya catitan di fikiran. Aku selitkan juga sedikit coretan. Alhamdulillah setelah 6 bulan telah berlalu iaitu sejak 23 Dec 2013, ortopedik surgeon tidak ketemuku, pada hari kedua Ramadhan adalah hari yang ditunggu-tunggunya. Menurut suamiku biasanya mereka hanya akan tahu TCA pesakit dari skrin komputer hanya 1 minggu sebelumnya. Maklumlah sudah bercuti panjang dan bukannya sedikit bilangan pesakitnya, tentulah beliau tertanya-tanya bila TCAku seterusnya.
Aku pasrah sahaja sambil berjalan sendiri menuju ke bilik yang tertera di papan kenyataan setelah nomborku
dipanggil. Dengan membawa beg pack aku pun memberi salam kepada 2 orang pegawai perubatan yang berada di dalamnya. Aku tidak kisah mereka jawab atau tidak, memberi salam hukumnya sunat. Mungkin mereka jawab dalam hati. Aku dapat rasakan Mr Azam menunggu dengan perasaan berdebar, bagiku biarlah selama ini aku yang berasa kecewa blia dapati hanya MO sahaja yang ada. Sambil menanyakan dimana suamiku aku pun disuruh duduk.
Akupun menceritakan sedikit sebanyak perkembangan kakiku. Bila aku kata akan terasa sedikit kesakitan bila aku berjalan atau berdiri lebih dari 1 jam, beliau dengan bingkas menyatakan yang kemungkinan itu berlaku disebabkan skru yang terlebih panjang. Sambil tersenyum, beliau menyarankan untuk di buka jahitan dan keluarkan skru tersebut. Aku cepat-cepat mengelak lagipun bukannya sakit sangat pun. Aku nak tahu sampai bila skru itu masih bertahan dalan tulang. Itulah kerja bedah orthopedik senang sahaja nak potong-potong kaki orang.
Aku pun bukan suka nak tengok X-ray di skrin, lantas menanya beliau adakah skru-skru itu masih utuh. Beliau menjawab ya sambil menunjuk pada skrin. Aku juga memberitahu yang aku ada masalah Verricous vein, sambil  memberi pandangan yang ianya tidak akan menjejas untuk dibuat pemebdahan Hallux Valgu pada kaki kananku. Beliau mengarahkan supaya aku dirujuk ke klinik Surgeri.
Pada pandangan beliau peratus pulihnya kakiku ini ialah 85%. Aku gembira kerana memang sangat positif bagiku. Beliau memutuskan untuk berjumpaku lagi 6 bulan. Sambil berseloroh aku meluahkan hasratku untuk membuat umrah pada tahun hadapan, tiba-tiba beliau tersentak sambil menyatakan yang aku kan sudah menunaikan haji. Aku tergamam mendengar maklum-balas darinya sambil cepat-cepat menarik balik kenyataanku tadi. Sebelum itu ada seorang MO membisikkan padanya yang ada pesakit baru yang alami masalah seperti aku. Mr Azam terus keluar menuju ke bilik MO setelah berpuas hati dengan reaksiku tadi dan  mengarah aku diberi MC.
TCA ke 7 ialah pada 29 Dec 2014. TCA ku dengan klinik surgeri ialah 7 Aug 2014.