Friday, April 4, 2014

TCA ke 6....Ada Lagi

TCA ke 5 sudah tiba. Kebetulan tarikh tersebut adalah waktu dimana anakku masih bercuti semesta. Setelah berjanji denganku untuk menemaniku ke temujanji tersebut, dia pun bersiap bangun awal pagi.Walauppun temujnji tersebut jam 11.00 pagi, kami bersarapan pagi di kantin hospital. Sebaik tiba di kawasan hospital aku terasa yang orang tidak berapa ramai seperti selalunya. Kebetulan minggu percutian sekolah, mungkin itu adalah salah satu fakturnya. Seperti biasa aku dan anakku pergi ke kaunter untuk berdaftar dan membuat bayaran temujanji dan seperti arahan di dalam kad terus ke bilik X-Ray.
Semasa mendaftar untuk mendapat nombor untuk berjumpa doktor, jururawat bertugas bercakap sendiri mengatakan yang Mr Azam tiada lagi sambil memerhati kadku yang tertera nama Mr Azam. Aku memberitahu anakku apa yang aku dengar tadi. Anakku menjadi tidak puas hati sebab hasratnya untuk bertemu dengannya sebelum ini tidak tercapai.
Setelah nombor giliranku dipanggil, akupun diberitahu MO bertugas yang Mr Azam bercuti 3 minggu kerana menghantar isterinya sambung belajar ke luar negara. MO itu pun membuat pemantauan pada kakiku mengikut apa yang diarahkan seperti tercatit dalam komputer. Sebenarnya perasaan ku terusik kerana yang pertama - hasrat anakku tidak kesampaian untuk bertemu muka dengannya tidak tercapai dan kedua walaupun jururawat tadi hanya bercakap sendiri tetapi dalam fikiranku memikirkan yang Mr Azam sudah tidak bekerja di hospital itu lagi sedangkan sebelum ini ada soalan ku ajukan kepadanya adakah dia ingin meninggalkan hospital ini dalam masa terdekat tetapi dia mengelak dari menjawabnya.
MO tadi telah menjawab soalan yang terbuku di fikiranku. Aku menjadi lega sedikit, apalah aku ini kenapa begitu mementingkan diri sendiri, fikir dalam hatiku. Orang pun perlu kehidupan dia sendiri. Semasa MO menanyakan untuk TCA berikutnya dan dia mencadangkan bulan Mei, aku cepat-cepat mengelak dengan alasan rakan sekerja telah lama memohon cuti pada hari-hari tersebut. Kebetulan hari-hari pada bulan Mei ada beberapa hari cuti kelepasan am dan minggu cuti sekolah, aku tidak mahu pisang berbuah 2 kali.
Kalau boleh aku ingin anakku menemaniku juga kali ini, aku rasa pada bulan Jun juga dia akan bercuti semula dan aku mencadangkan pada bulan Jun. Kebetulan tarikh yang masih ada pada bulan Jun hanya 30hb iaitu jatuh pada bulan puasa. Alhamdulillah! bulan barakah dan aku dapat beramal ibadat disamping bercuti pada hari tersebut.
Mudah-mudahan pada waktu itu juga, keadaan kakiku telah pulih sepenuhnya, seperti mana juga yang diharapkan suamiku. Ameen!