Wednesday, January 29, 2014

Hidup Perlu Berjuang

Sekembalinya ku semula ke alam pekerjaan, banyak mehnah yang ku lalui. Walaupun aku mula bekerja pada 25 bulan November, mehnah ujian ini ku rasa amat menguji keteguhan hatiku. Syukurku kepada Ilahi rakan-rakan sekerja banyak memberi sokongan. Pihak pengurusan syarikatku bekerja selepas mengambil pandangan FMM, memberitahu yang aku tidak layak diberi gaji untuk bulan ke dua mcku. Aku begitu terkilan dengan keputusan mereka. Sikap mereka yang tidak professional itu membuatkan aku berasa begitu sedih. Yang menjadikan aku bersemangat untuk mendapatkan hak aku semula iaitu sebulan gaji berbanding hanya 1 minggu ialah gesaan dan saranan rakan sekerja terutamanya Superiorku. Dia sepatutnya rasa susah semasa ketiadaanku kerana terpaksa membuat kerja-kerjaku, dia pula yang berusaha membelaku dengan memberi alasan-alasan yang sememangnya berperikemanusiaan. Dia juga berusaha mendapatkan bantuan adiknya yang memang bekerja di bahagian pentadbiran dan sumber manusia. Adiknya menyuruh aku menalipon pejabat buruh berdekatan. Biasalah pandangan kebanyakan pekerja akan berasa yang pegawai pejabat buruh akan menyebelahi pihak pengurusan seperti mana yang aku rasa. Sangkaanku meleset sekali, sebaik mendengar keteranganku pegawai berkenaan menggesa aku mendapatkan surat doktor yang mengatakan aku masih hospitalised dan bukan sebab mc biasa sahaja. Sekiranya pihak pengurusan masih tidak menerima surat doktor itu aku segera datang ke pejabat buruh berdekatan dan failkan lapuran untuk mereka bawa ke mahkamah.
Atas ketentuan Allah juga, hari selepas itu aku ada TCA dengan Pakar dan beliau dengan penuh rela hati mengarahkan HO menaip surat berkenaan dengan cop Pakar. Oleh kerana mereka mencabarku dengan menyatakan mereka beri 2 hari untuk aku membuat bantahan, aku rasa aku perlu sahut cabaran. Dengan izin Allah jualah aku pun tidak melengah lagi menulis email kepada mereka berdua yang aku rasa kepada lebih nak mengujiku. Bunyi suratku memang agak terancam mereka dibuatnya. Mereka juga silap tidak perasan aku agak yang aku ini masih layak di bawah akta jabatan buruh. Kalau mahkamah industri itu aku rasa prosiding mahkamahnya agak memakan masa. Walaupun aku berjaya mendapat hak cuti sakit 2 bulan tetapi cuti tahunku yang berbaki 6 hari dipotong. Aku pun redha dalam hatiku aku mengharapkan Allah balaslah kebaikan pada diriku sekiranya mereka nak menganiyaiku selagi aku masih bekerja di syarikat ini kerana Engkaulah Allah yang Maha Mengetahui.
Sehari sebelum cuti raya Tahun Baru Cina, aku diarah oleh Pengurus atasanku untuk menulis surat aduan kepada Jabatan Kastam meluahkan berkenaan beberapa panggilan talipon yang tidak berjawab. Atas alasan ini jabatan kastam dikatakan tidak efektif dalam mengendalikan tugas mereka.Surat itu perlu ditulis atas nama aku. Barangan yang sudah 6 bulan tersadai di pelabuhan, jabatan kastam pula dikatakan tidak efektif. Aku pun disaran cuba talipon pihak kastam dan dengan 2 kali dial sahaja, pegawai yang harus aku hubungi yang menjawab talian tersebut. Aku pun diberitahu oleh pegawai berkenaan akan permasaalahan yang terbabit.
Sungguh mengecewakan Pengurus tersebut bila aku menceritakan segalanya, lantas dia pun menarik balik arahan untukku menulis surat itu. Beliau kononnya akan mendapatkan pertolongan Datuk dalam hal ini.
Allah sahajalah dalam hatiku, bagiku kalau ya pun nak mengkambing hitam aku biarlah secara professional.
Inilah mehnah kehidupan, bukan setakat kerja yang sepatutnya aku buat tidak dapat ku siapkan, sakit kepala hingga hari berikutnya belum hilang.

Friday, January 10, 2014

Ahlan Was Sahlan Ya 2014

Sudah 10 hari 2014 berlalu, aku baru nak ber azam tetapi tidak mengapa asal aku ada azam dan aku sematkan di blog ini azamku. Sekurang-kurangnya menjadi catatan seumur hidupku. Selama ini aku tidak mencatit di mana-mana. Azamku pun tidak kepada diriku. Yang aku ingat sebelum ini aku hendak bercucuk tanam pokok cili di belakang rumah. Memang berjaya dan dapat makan hasilnya sehingga terasa jemu asyik makan cili hijau.
InsyaAllah! Azam aku ialah hendak mengurangkan berat badanku sebanyak 10% daripada beratku sekarang .Pantauan pertama ialah pada akhir bulan Mac- TCA ke 5. Menurut infomasi yang aku baca pengurangan berat badan sebanyak 10% dapat mengurangkan paras kolestral kita yang sememangnya tinggi.Walaupun aku rasa agak sukar namun aku percaya jika caranya betul semuanya tidak mustahil. 
Syukur kehadrat Ilahi di atas kesihatan yang memuaskan yang selama ini aku kecapi. Seharusnya aku panjatkan rasa syukur ini dengan menjaga kesihatanku dengan sebaik mungkin. Kau telah memudahkan perjalanan pembedahan pada kakiku ini, begitu juga yang diberitahu pakar, mereka sekadar berusaha . Aku begitu mengkagumi sikap para doktor-doktor ini yang aku rasa belum pasti aku boleh temui sebaik mereka jika aku menerima rawatan di hospital swasta. Kaulah juga Ya Allah yang menentukan segalanya.
Walaubagaimanapun tidak banyak bahan yang dapat aku coretkan untuk permulaan 2014 ini, maklumlah kerjaya yang mengekang masaku disamping aku harus merealisasikan azamku aku harus banyak bersenam. Hem...nampaknya aku perlu 5Skan  suasana di dalam rumahku ini, sudah jadi semacam gudang simpanan barangan terbuang. Cik siTi pun sudah berani masuk melalui lubang air buangan mesin basuhku. Walaupun begitu banyak sang kucing berkeliaran di luar rumahku, cik siTi itu langsung tidak takut. Itu yang menjadi kehairananku apa jenis tikus ini.
Mungkin aku sudah berehat hampir 3 bulan inilah yang aku harus lakukan untuk turunkan berat badanku. Yang penting aku akan pastikan rumahku bersih dari bahan yang tidak perlu tidak peduli samada ianya penting di masa akan datang. Keutamaan adalah pada kesihatan. Kalau cik siTi sudah ada ... tahinya aduh sudah pasti kencingnya...lagi bahaya kencingnya. Tidak boleh pandang remeh ni!