Monday, July 18, 2011

Pengakhiran hidup

Hari rabu yang lalu, salah seorang kakitangan di tempat kerjaku kematian isteri akibat sakit kanser paru-paru. Hari ini pula kaum muslimat PAS khususnya pula di kejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah seorang ahli perubatan dan tokoh politik juga akibat dari penyakit yang sama. Kedua-dua wanita yang meninggal ini juga sebaya umur mereka. Ajal maut jodoh pertemuan Allah yang tentukan.
Dalam ertikata lain apalah yang ada di dunia fana ini, setiap hari ku dikejutkan dengan kematian. Ini menunjukkan yang Allah sentiasa mahu ingatkan kita bahawa kematian itu sentiasa mengintai atau mahu ia diperhatikan. Dalam masa yang sama manusia tidak akan dapat berbuat apa-apa apabila masanya sudah tiba.
Persediaan yang boleh hanya membuat apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Ke mana kita akan dimasukkan samada neraka atau syurga adalah bergantung kepada rahmatNya. Apa yang aku perasan ialah badanku tidak sekuat 3 atau 4 tahun yang lepas, walaupun kadang-kadang aku cuba melawan kelemahan badanku ini.
Yang aku rasa, aku perlu banyak berehat berbanding dengan bekerja tetapi keadaan fizikal tidak mengizinkan. Namun begitu kerja-kerja berat perlu dibuat tapi selalunya tiada yang membantu baik di tempat kerja mahupun di rumah.