Tuesday, April 26, 2011

Hari Ini Hari Aku

Di ketika penghujung usia pekerjaanku, manusia sekelilingku sentiasa cuba dan tidak pernah jemu untuk menang dalam permainan politik pekerjaan mereka. Apalah guna kerja kalau sekian harian nak menindas dan memijak orang bawah dan lemah sepeti aku ini. Gaji kau pun dapat setiap bulan tak kurang dan tak lebih pulak kalau berjaya menindas. Menjatuhkan aib orang saja yang kau dapat. Nasib baik kau seorang bukan Islam. Kau bangsa India terkenallah dengan sikap lawyer yang cakap tak serupa bikin.
Walau apapun niatmu aku berharap satu hari kau akan terima balasan dari apa yang telah lakukan. Aku tidak akan membiarkan diriku terus dimalukan di dalam bilik mesyuarat dan akan kuperjuangkan maruahku sehabis-habisan. Aku tidak akan beralah dan tidak akan menoleh ke belakang bila aku sudah lakukan sesuatu aku akan teruskan.
Selama ini aku banyak bersabar dan kesabaranku ada batasnya. Hidup biar berprinsip. Aku tidak akan menghormati orang yang hidupnya tidak berprinsip dan hanya memandang wang semata-mata sehingga maruah tergadai. Tuhan tidak akan menolong seseorang yang terlebih dahulu tidak menolong dirinya sendiri.

Tuesday, April 19, 2011

Sendi-Sendi KakiKu Sakit Semua

Ku terbaca tanda-tnada premenopos ada 34. Aku sedamg mengalami beberapa dari tanda tersebut. Antaranya sakit sendi kaki dan tangan. Haid yang tidak normal- bukan setiap bulan. Kenaikan berat badan - dalam 1 ke 2kg tapi badan rasa macam membengkak terutama di sekitar perut. Ingatanku pun sudah tidak kuat. Kadang-kadang rasa pening dan dahaga seperti hendak datang period.
Tanda-tanda ini aku baru mula rasai sebaik aku masuk sahaja umurku 48 tahun pada bulan Mac baru-baru ini. Terasa sangat nikmatnya hidup sebelum ini berbanding dengan bila sudah mengalami gejala pre menopos. Rasa kecil hati pun sudah selalu terasa cuma akalku sahaja yang cuba melawannya.
Terasa betapa singkatnya hidup ini tidak sempat melakukan ibadat kepada Allah dengan sempurnanya. Hanya niat yang tulus dan dengan rahmatMu Ya Allah aku mengharapkan syurga dariMu. Dalam pada itu aku cuba mengambil iktibar dari apa yang ada di sekelilingku. Ayam-ayam kampung yang ku ternak seadanya sudah membiak sehingga 11 ekor.
Siapakah yang melindungi mereka sehingga dapat membiak begitu banyak kalau tidak dengan kehendakMu Ya Allah. Aku tiada daya hanya tabur sedikit gandum dan pastikan reban ditutp dan dibuka setiap hati.

Saturday, April 2, 2011

Di sebalik Kisah Sihir

Baru-baru ini seorang rakan sekerjaku mengeluh. Beliau tidak menyangka di zaman moden ini ada lagi manusia yang sanggup bermain sihir. Kejadian berlaku pada seorang sahabatnya yang mana sahabat ini telah disihirkan sehingga isterinya terlalu benci kepadanya. Sebagai lelaki sahabatnya memendam perkara ini selama 2 bulan. Rakanku ini pun membawanya berjumpa Harun Din dan terbukti ianya telah disihirkan oleh mertuanya,
Dalam siri Tanyalah ustaz, Ustaz Zahazan juga ada menceritakan kisah seumpama ini. Ianya berkisar mengenai seorang wanita yang ingin menyihirkan suaminya supaya semtiasa tunduk kepadanya. Wanita ini pun berjumpa seorang tukang sihir. Lalu tukang sihir ini membawanya kepada seorang lelaki yang kedua kakinya berada di atas dan kepalanya di bawah. Tukang sihir kemudiannya menghilang diri. Lalu lelaki inipun menyuruh wanita ini pergi ke satu tempat bernama Babil di Irak, memberitahunya supaya buang air kecil di kawasan api yang menyala bila tiba waktu senja.
Kali pertama dan ke2 wanita ini memberitahu orang tersebut bahawa dia telah melakukannya tapi diketahui oleh orang tersebut yang wanita ini menipu. Wanita ini pun melakukannya mengikut apa yang disuruh lalu kelihatanlah oleh wanita satu bayangan hitam yang menyerupai seorang panglima berkuda dengan rupa yang amat kesal naik ke langit. Bila diceritakan kepada orang tadi apa yang dia nampak, orang itu pun memberitahu wanita tersebut yang bayangan hitan itu adalah iman kamu yang telah keluar dari tubuhmu. Dia telah pergi meninggalkanmu dan tidak akan pulang untuk selama-lamanya. Alangkah malangnya nasibnya.