Pada satu ketika terdapat sekumpulan eskimo sangat suka menternak haiwan seperti ayam sebagai satu sumber makanan mereka. Mereka menjadi risau dan bimbang kerana setiap hari ada sahaja ayam yang hilang. Apabila mereka dapati ada kesan tapak kaki serigala merekapun mencari jalan bagaimana untuk menghapuskan serigala tersebut. Merekapun meletakkan beberapa bilah pisau sekeliling kawasan reban ayam. Di setiap bilah pisau yang diletakkan mereka salutkan dengan darah. Pabila malam tiba, datang serigala seperti biasa mencari mangsa. Bau darah yang enak tidak menyedarkan dia akan keadaan yang sebenarnya. Serigala pun terus membaham pisau yang bersalut darah lalu matilah dia tertikam oleh pisau yang tidak kenal mangsa.
Kebanyakan benda yang kita suka di dunia ini tidak semestinya membawa kebaikan untuk kita bahkan merekalah yang akan menyumbat kita ke neraka. Ingatlah dunia ini hnya sementara tidaklah begitu lama kalau di dunia kita hidup sampai 65 tahun, di akhirat cuma 1 jam lebih sahaja.
