Friday, March 26, 2010

Pengalaman Melancung Ke Sabah- 13/3 hingga 17/3
















Sesampainya kami di lapangan terbang Tanjung Aru, kamipun dibawa oleh Ewin dengan van menuju ke Kundasang yg jaraknya 97km. Perjalanannya kira2 2jam. Itupun Ewin memandu dengan laju sebab takut hari gelap. Kami sampai ke Pine Resort jam 6.30ptg. Memangpun keadaannya macam pukul 7.30mlm. Hari pertama kami dibawa ke kaki Gunung Kinabalu, Taman Bunga ros, Tugu Ranau March dan Desa Farm. Hari kedua pula kami pergi ke Ranau Hot Spring. Tempat ini menjadi tumpuan pelancung untuk bereakrasi. Keadaan kemarau menjadikan air terjunnya tidak banyak. Hari ketiga kami pun berangkat ke Likas dan menginap di hotel yang bertaraf 4 bintang- Novotel. Misi kami tidak lain hanyalah untuk tenangkan fikiran dan pulihkan kembali badan yang sakit kena stres dengan beban kerja. Orang dah 40an kena pandai rehat sikit tak perlulah stres tak menentu.

Saturday, March 6, 2010

Latihan Praktikal Peringkat Kedua Di RRIM Sg Buluh


Cuti semesta bermula untuk Tahun Ketiga saya di USM. Itu tidak bermakna kami pelajar Teknologi Polimer boleh berehat di rumah kerana kami dikehendaki pula untuk menjalani latihan amali di Pusat Penyelidikan Getah(RRIM) di Sg Buluh.Kami seramai tujuh lelaki dan lima perempuan diberi tempat tinggal yang digunakan oleh pusat itu untuk pelatih yang menjalani latihan di situ. Maklumlah ketika itu kawasan tu masih macam tempat jin bertendang, jauh dari bandar. Terasa betul macam tinggal di ladang getah kerana kami terpaksa berjalan merentasi kawasan rumah pekerja ladang getah RRIM yang agak banyak. Kadang-kadang rasa aman pun ada, jauh dari hiruk pikuk deruan kenderaan. Teringat kembali masa tu saya terpaksa menumpang kat rumah mak angkat di Kluang tu, suasananya memang sama. Yang bezanya kali ini saya di samping rakan yang mengambil kursus yang sama.
Pada masa tu juga bertembung dengsn bulsn Ramadan,yang saya ingat kami terpaksa kejut- mengejut sesama rakan kerana tiada penjaga atau orang lain yang akan ambil tahu hal kami.Penyelia yang bertanggung-jawab untuk pastikan kami melengkapi latihan itu ialah Pegawai-pegawai Penyelidek yang bekerja di RRIM. Mereka pun sibuk dengan hal dan keluarga masing-masing. Lagipun mereka berkenderaan tentulah mereka tinggal di kawasan seperti Subang Jaya yang selayak dengan mereka.Kami hanya buat projek yang diarahkan mereka.